in

“Perjuangan masih belum tamat” – Yana Najib Kata Masih Ada Peluang Tuntut Keadilan Buat Bapa

Ft Yana Najib Harap Ayah Bebas Tahun Depan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Nooryana Najwa Najib berpendirian bahawa bapanya masih lagi boleh menuntut keadilan seandainya menang pada perbicaraan kes yang membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd..

Nooryana atau lebih mesra dengan Yana Najib turut menyatakan bahawa semakan kehakiman untuk kes tersebut akan bermula pada 19 Januari 2023, seandainya ayahnya Datuk Seri Najib Razak menang, beliau boleh pulang ke pangkuan keluarga, katanya.


Semakan kehakiman kes SRC akan bermula pada 19 Januari 2023. “All hands on deck” untuk memastikan DSN akan mendapat keadilan kali ini. Jika DSN menang pada bulan Januari, he will be free to come back to us, inshallah.”

Screenshot 2022 12 08 At 8.31.51 Pm

Tambah Yana lagi menerusi Instagram miliknya, ada enam perkara yang telah menafikan hak DSN untuk mendapatkan proses perbicaraan yang adil iaitu :

1. Permohonan DSN untuk memasukkan lebih 40 bukti baharu yang kukuh berkait secara langsung kepada kesnya semua telah ditolak.

2. Peguam DSN dinafikan permohonan penangguhan kes untuk diberi tempoh yang munasabah bagi membuat persediaan yang wajar setelah mengambil alih kes dari peguam lain.

3. Peguam DSN tidak dibenarkan untuk menarik diri setelah permintaan penangguhannya ditolak dan mengakibatkan DSN dinafikan pembelaan pada peringkat mahkamah Persekutuan.

4. Hakim mahkamah tinggi yang tiada pengalaman kes jenayah tetapi dipindah untuk mengambil alih kes SRC dari hakim sedia ada setelah perbicaraan berlangsung tidak isytihar bahawa dia mempunyai ‘conflict of interest’ apabila didapati bahawa dia pernah berurusan terus dengan SRC dan 1MDB ketika bekerja di Maybank.

5. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah dua kali melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 dan telah menolak segala cadangan dari Suruhanjaya Pelantikan Hakim supaya melantik hakim pilihan mereka pada tahun 2018 dan 2019 seperti dilapor dalam laporan pasukan khas terhadap buku Tommy.

6. Penghakiman bertulis mahkamah persekutuan sudah siap ditulis dan terbocor biarpun pihak pendakwaan belum selesai berhujah dan sebelum pihak pembelaan bermula membela.

https://www.instagram.com/p/Cl3FQ31BiC7/

Dalam pada itu, Yana juga ada mengatakan bahawa bapanya ada meminta perbicaraan terhadap kesnya dijalankan secara langsung, ia bertujuan agar membolehkan rakyat faham apa yang sebenarnya berlaku di mahkamah.

Screenshot 2022 12 09 181305

Malah, Yana tunjuk satu gambar keratan akhbar menunjukkan bahawa seramai 35,000 orang telah menandatangan petisyen mengenai permintaan Najib itu.

Oleh itu, Yana  berpendapat bahawa kerajaan Anwar Ibrahim patut lebih terbuka dan bertindak telus dengan memberi kebenaran supaya perbicaraan ini disiarkan secara langsung melalui online streaming.

Baca : “Hantaran, nafkah tak perlu cukai” – Yana Najib Beri Penjelasan Kenapa LHDN Tarik Balik Rayuan

Collage 6

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.