in

“Perjanjian memakan diri” – Ini 7 Penyanyi Terkenal Yang Maut Akibat Sumpahan Muzik?

cats 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi populariti dan kekayaan dunia, ada beberapa penyanyi terkenal yang sanggup membuat perjanjian dengan syaitan. Disebabkan tu, terjadilah sumpahan di mana ia telah memakan diri malah, nyawa dorang sekali.

Jadi, kalau korang nak tahu siapa penyanyi-penyanyi tersebut, korang kena baca artikel ni sampai habis.


1. Led Zeppelin

Ledzeppelin revistapelo

Kugiran rock yang ditubuhkan tahun 1968 ni mempunyai ahli seramai empat orang iaitu John Paul Jones, Robert Plant, Jimmy Page dan John Bonham. Dulu, dorang ni selalu dikaitkan dengan ilmu ghaib. Jadi, memang tak mengejutkan pun ada khabar angin yang kata dorang ni buat perjanjian dengan iblis.

Menurut beberapa laporan, hanya Robert, Jimmy dan John yang buat perjanjian pertukaran nyawa dengan kejayaan, bakat dan kuasa di mana ketiga-tiganya mengalami akibat yang tragik seperti kemalangan kereta dan tercekik sampai mati.

Manakala itu, John Paul Jones mengambil tindakan bijak untuk mengelak nasib malang yang dihadapi ahli yang lain.

2. Pemain gitar Fleetwood Mac

640px Fleetwood Mac Billboard 1977

Satu lagi kumpulan rock yang pernah popular pada era 1970-an juga dikatakan mempunyai sumpahan. Lebih tepat lagi, ia hanya berlaku kepada ahli yang memegang posisi pemain gitar je.

Untuk pengetahuan korang, pemain gitar dorang ini asyik ada masalah dan sering digantikan dengan orang lain. Sebagai contoh, Peter Green dan Danny Kirwan berundur daripada band ni disebabkan masalah mental. Selain tu, Bob Weston dan Bob Welch yang juga pernah pegang posisi sama turut meninggal dunia disebabkan penyakit dan bunuh diri.

Artikel berkaitan: The 27 Club: Misteri & Mitos Disebalik Sumpahan Yang Digeruni ‘Rock Star’

3. John Lennon 

AA1jH7c9

Penulis lirik, penyanyi dan pemain gitar kumpulan terkenal, The Beatles ini agak unik kerana dia dikatakan terkena sumpahan dengan nombor sembilan. Sebabnya, nombor tu selalu sangat muncul dalam hidupnya.

Sebagai contoh, dia dilahirkan pada 9 Oktober 1940 dan kugirannya itu mula dikenali pada 9 November 1961. Tak kurang juga, nombor sembilan ni juga dikaitkan dengan nasib malang di mana The Beatles bubar selepas 9 tahun menjadi pemuzik.

Namun, sumpahan tu tak terhenti di situ saja di mana John meninggal dunia pada 8 Disember 1980, waktu New York. Tapi, kalau ikutkan masa di tempat kelahirannya di Liverpool, dia mati pada 9 Disember tahun yang sama. Menyeramkan!

4. Bone Thugs-N-Harmony

AA1jHiyC

Siapa dekat sini tahu pasal papan Ouija? Kalau nak tahu, kumpulan hip-hop dari Amerika ni juga dikatakan pernah bermain papan tersebut sewaktu karier dorang sedang menaik. Apa yang menyeramkan, banyak muzik dorang ada mention pasal syaitan dan juga pertunjukan simbol-simbol kuasa ghaib.

Yang lagi peliknya, beberapa penyanyi rap terkemuka seperti 2Pac, Easy-E dan The Notorious B.I.G. turut menemui ajal tak lama selepas berkolaborasi dengan kumpulan ni.

Artikel berkaitan: Misteri Sumpahan Power Rangers! Para Pelakon Berdepan Tragedi Malang Seorang Demi Seorang

5. Robert Johnson 

johnson wide 6982949a5e6d936d40d1c45f19251d60c37e7a45 s1100 c50

Dia merupakan penyanyi lagu bergenre blues yang pernah popular suatu ketika dahulu di Amerika. Namun, ada khabar angin yang mengatakan popularitinya itu diperoleh hasil daripada pertukaran jiwanya dengan syaitan di sebuah persimpangan jalan.

Di samping tu, dia telah menerbitkan satu lagu berjudul ‘Crossroads‘ yang dipercayai merupakan sebuah sumpahan. Sebabnya, beberapa artis yang cover lagu ni seperti Lynyrd Skynyrd dan Eric Clapton telah mengalami insiden tragik termasuklah kematian.

6. The 27 Club

Story 4 photo 1 2118mw8

Kelab 27 ni bukanlah satu kelab yang formal namun, ia merupakan satu fenomena atau konsep yang terkenal pada tahun 1960-an dan 1970-an di mana ia mengumpulkan beberapa pemuzik berpengaruh seperti Jim Morrison, Kurt Cobain dan Amy Winehouse yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Disebabkan ni, banyak penyanyi terkenal masa kini percaya dan takut akan sumpahan umur 27 tahun ni seperti Adele dan Lady Gaga. Namun begitu, sumpahan ni hanyalah kebetulan semata kerana tak ada bukti saintifik yang dapat menjelaskannya.

7. Jelly Roll Morton

AA1jHdHE

Kisah pemain piano jazz dari New Orleans ni agak sedih kerana bukan dia yang berjanji dengan syaitan namun ibu pembaptisannya. Disebabkan tu, dia sering kali mengalami nasib tak baik seperti serangan asma dan kejadian tikam pada 1938.

Oleh itu, dia telah meminta pertolongan daripada seorang pengamal voodoo untuk ‘membersihkan’ dirinya daripada sumpahan tersebut.

Sumber: StarsInsider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.