Hari demi hari wabak COVID 19 makin mengganas dan ia telah meragut banyak nyawa orang-orang yang kita sayangi.
Luluh hati admin apabila melihat satu video viral di Twitter baru-baru ini yang memaparkan kesedihan sebuah keluarga tidak dapat menguruskan jenazah ahli keluarga mereka.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebilangan ahli keluarga berkumpul di tepi jalan sebelum beberapa kenderaan termasuklah van jenazah lalu di jalan tersebut membawa jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal akibat COVID 19 untuk dikebumikan.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1411643978856890368
Seperti semua tahu, pengurusan mayat individu yang meninggal akibat COVID 19 pastinya mempunyai SOP yang ketat dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan untuk turun ke liang lahad untuk mengebumikan mangsa.
Oleh itu, van jenazah yang melalui jalan tersebut diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan penghormatan terakhir. Allah sedihnya…
“Allah hu Akbar… kuatkan semangat ku tuk hari-hari mendatang”
Menerusi tweet tersebut juga dikongsikan screenshot posting Facebook ahli keluarga mangsa yang sangat terkesan akan pemergian ibunya.
Malah menurut salah seorang netizen yang mengaku sebagai ahli keluarga mangsa, kejadian ini dikatakan berlaku di Kg Janda Baik, Pahang.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1411661560380944387
“Sebaknya mengalir air mata”
Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat sedih dan dapat membayangkan bagaimana peritnya perasaan kehilangan ahli keluarga akibat wabak COVID 19.
Apa-apapun admin ingin ucapkan takziah buat ahli keluarga mangsa. Semoga mangsa ditempatkan bersama para solehin. Al Fatihah.
Baca: “Sedih pulak tengok” – Sebak! Murid 11 Tahun Ambil Upah Mengecat, Hanya Minta Dibayar Dengan Beras