Cuaca di negara kita agak sukar untuk diramal. Jika sebelum ini negara kita mengalami musim agak yang kering dan panas namun kini Jabatan Metrologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 11 buah negeri sehingga 8 malam ini.
Menerusi laman Twitter rasmi METM, amaran itu dikeluarkan pada pukul 4.40 petang tadi.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia pic.twitter.com/rdRWBBdq1c
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 18, 2020
Berikut adalah antara negeri-negeri yang terlibat.
- Perlis: seluruh negeri
- Kedah: Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik & Baling
- Perak: seluruh negeri
- Kelantan: Jeli, Kuala Krai & Gua Musang
- Terengganu: Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang
- Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Pekan & Rompin
- Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak & Hulu Langat
- WP Kuala Lumpur: seluruh wilayah
- Johor: Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang & Pontian
- Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song) & Limbong
- Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud), Sandakan (Beluran) & Kudat
Semoga korang semua berhati-hati dan sentiasa berwaspada okay!