Polis Diraja Malaysia merupakan jawatankuasa yang telah menjaga keamanan negara kita sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Adalah menjadi kebanggaan kepada sesiapa yang dapat menyertai agensi ini terutama kepada kumpulan-kumpulan pertama.
Namun semalam, khabar duka telah menyelubungi PDRM apabila salah seorang dari wanita pertama menyertai PDRM dilaporkan telah meninggal dunia di rumahnya pada usia 87 tahun.
Siapa yang tak kenal dengan wanita ini apabila Sariah Ali memulakan kariernya sebagai anggota polis ketika beliau baru saja berusia 22 tahun.
Niat awalnya hanya hendak menemani rakannya untuk pergi ke sesi temuduga bagi menyertai PDRM.
Ketika itu, Sariah dan rakannya yang tinggal di Johor, sanggup pergi ke Negeri Sembilan semata-mata untuk menghadiri temuduga itu.
Ketika di sana, bukan sahaja rakannya yang telah ditemuduga sebaliknya Sariah turut diberi peluang yang sama.
Mungkin sudah ditakdiekan, seminggu selepas temuduga, beliau mendapat surat yang mengatakan dia telah berjaya dan perlu melaporkan diri ke akademi latihan polis di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1956.
Lebih membanggakan, beliau merupakan salah seorang dari 54 orang yang terpilih dalam kumpulan pertama untuk dibawa masuk menjadi konstabel PDRM.
Semasa hayatnya, beliau pernah berkongsi dengan MStar mengenai kerjayanya sebagai polis di bahagian trafik untuk menjaga lalu lintas dengan gaji pada ketika itu hanya RM99.90 sebulan.
Semasa berkhidmat, Sariah turut bertemu jodoh dengan suaminya, Kamaruddin Mohd Nordin yang juga seorang anggota polis trafik. Bagaimanapun, suaminya telah meninggal di Mekah pada tahun 1983 di usia 53 tahun.
Menurut anaknya, Sariah meninggal dunia ketika waktu makan tengahari dalam keadaan yang tenang.
“Emak saya sihat seperti biasa dan elok saja bersarapan pagi. Ketika hendak mengejutkan emak dari tidur untuk makan tengah hari, baru kami sedar yang dia sudah meninggal.”
Sariah telah meninggalkan 8 anak, 23 cucu dan 8 cicit.
Al-fatihah
Baca: Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan, Walaupun Doktor Kata ‘Kotor’