in

“Pergi toilet paling susah” – Pasangan Kekasih Gari Tangan Selama Tiga Bulan Untuk ‘Test’ Cinta Mereka

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan kekasih muda dari Ukraine telah memilih untuk gari tangan dorang selama tiga bulan untuk buktikan cinta mereka.

Alaxendar dan Victoria memilih tarikh hari Valentine yang lalu untuk “ikat” tangan mereka di depan patung melambangkan perpaduan di Kyiv.


Chain 1

Malah memetik laporan The Sun UK, pegawai pendaftar rekod negara yang akan memantau eksperimen tersebut telah pun mengesahkan yang pasangan ini “waras” sebelum tangan mereka digari. Pasangan ini juga cuba untuk cipta rekod negara dengan keputusan ini.

Gari tak boleh buka dengan kunci

Chained Couple 2 East2West News

Untuk pengetahuan korang, rantai yang digunakan untuk gari tangan dorang ni telah dikimpal (welding) dan penghubung terakhir pada gari dorang tu dimeterai dengan lambang pendaftar rekod negara.

Jadi, kalau dorang buat keputusan untuk berpisah sepanjang tempoh tiga bulan ni, dorang perlukan perkhidmatan pakar dari unit kecemasan untuk potong gari tersebut.

Tapi, pasangan romantis ini yakin yang dorang dapat bertahan selama tiga bulan ini dalam jarak yang dekat.

“Tak tahu nak pilih toilet laki ke perempuan”

Chained Couple 4 East2West News

Kata pasangan ini, setakat ini cabaran paling susah sekali dorang nak buat bila dorang kena travel sejauh 523KM di dalam teksi dan pilih tandas mana yang dorang nak masuk masa berhenti rehat dekat kafe tepi jalan.

Akhirnya pasangan ini pilih untuk masuk ke tandas perempuan. Dari sinilah dorang mulakan kehidupan untuk hidup tanpa personal space.

Chained Couple 3 East2West News 1

Pasangan ini juga turut memuat naik video menunjukkan yang dorang perlu pakai baju yang dibuat khas menggunakan zip dari atas sampai bawah untuk mudahkan urusan dorang untuk pakai baju.

Chained Couple 7 East2West News

Agak-agak korang boleh tak hidup macam ni?

 

Baca: Siapa Kata Kena Makan Tempat Mahal? Pasangan Kekasih Ni Rileks Je ‘Candlelight Dinner’ Dekat Kedai Mamak

Screenshot 2021 02 23 At 11.57.51 Am

Sumber: Times Now
Sumber: The Sun UK
Sumber: The Sun UK
Sumber: The Sun UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.