in

“Pergi tandas dengar ke tu?” – [VIDEO] Wanita Buat Kerja Gila, ‘Bergayut’ Dengan Boyfriend Sampai 200 Jam!

Fi Call

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini yang lagi suka call seseorang tu berbanding daripada text macam biasa? Siapa ada partner tu mesti pilih call kan hehe.


Macam mana pun, korang yang suka call ni rasa-rasa boleh ke kalahkan cara pasangan ni yang call lebih dari seminggu tak berhenti?

 

Buat ikut trend, bukan berbual sepanjang masa.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial apabila kisah cinta pasangan kekasih yang ‘sweet’ ini menjadi perhatian ramai.

Kisah ini dilakukan oleh pasangan reamaja iaitu Cia Fei berusia 17 tahun dan teman lelakinya, Andrew Ken berusia tahun. Menurut gadis itu, dia terkejut dan tak sangka bahawa kisahnya akan viral sebegini. Tambahnya, dia hanya ikut trend menelefon teman lelaki paling lama saja selepas disyorkan oleh rakannya.

“Saya terkejut kerana saya tidak menyangka bahawa ia akan menjadi tular.

“Saya juga memuat naiknya kerana rakan saya memberikan saya idea untuk memuat naiknya,” katanya.

Call 1

Menurut pelajar sekolah menengah itu juga, mereka menelefon selama 200 jam itu menggunakan aplikasi Line Call di komputer ribanya. Sementara itu, kekasihnya berada jauh di Jepun dan sedang bekerja sambilan di sana selepas baru saja tamat sekolah menengah.

Mungkin korang tertanya kan, takkanlah dorang ni bersembang je kerja?

Sebenarnya tak, walaupun mereka OTP macam tu dorang masih buat aktiviti harian macam orang lain seperti biasa menurut Tribunnews.

“Kami tidak hanya duduk di depan komputer riba sahaja setiap masa untuk berbual, aktiviti harian yang lain tetap dilakukan.

“Sekiranya salah seorang dari kami sibuk belajar atau bekerja, kami akan melakukan aktiviti kami sendiri.

“Kalau mandi, komputer riba akan ditinggalkan dalam bilik dan jika tidur, komputer riba diletakkan di sebelah katil,” jelas Ciafei lagi.

 

Nak pecah rekod Google

Kalau dikira-kira, dorang ni berborak lebih kurang 8 hari tak berhenti. Namun Ciafei memberitahu bahawa mereka tak bosan sebabnya bukan berborak saja sepanjang 200 jam tu.

Gadis tersebut memberitahu bahawa dorang memang selalu menelefon satu sama lain sejak berjauhan ini, dan mereka nekad pada awal Februari lalu untuk otp dengan lebih lama.

Malah mereka tak sangka pada mulanya hanya target 150 jam, bersambung jadi 200 jam. Gilalah dorang ni.

“Sebenarnya, apa yang kami bicarakan adalah rawak, kami hanya berborak seperti biasa, bukan berborak sepenuhnya dalam 200 jam tu.. Buat aktiviti harian macam biasa juga, kalau dua-dua ada masa baru berborak.

“Sebelum ini, kalau telefon pun boleh capai berjam-jam je, tapi tak pernah sampai puluhan jam kerana kami bercinta jarak jauh. Jadi kami sebenarnya saja je nak pecahkan rekod panggilan kami paling lama, juga cuba untuk memecah rekod dari Google.

“Pada mulanya kami sasar 150 jam, tetapi kerana sayang untuk mematikannya, tu yang jadi sampai 203 jam,” kata Ciafei.

@ciafeiaja

#stitch with @Mas nopal lama jg.. #fypシ

♬ original sound – ciafeiangel – ciafeiangel

Mereka juga dah berniat untuk jadikan durasi 200 jam itu sebagai rekod terakhir dan tak nak buat perkara sebegitu lagi.

Perghh! Next level betul dorang ni.

 

Baca : “Sabooor jelah” – [VIDEO] Anak Tersalah ‘Order’ 100 Mangkuk Mee Guna Telefon Ayah, Habis Lebih RM 800 Kena Bayar

Foot Call

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.