in

“Pergi tempat orang tolong bawa adab” – Netizen Bengang Port OOTD Di Sekinchan Penuh Sampah Sarap

Port Ootd Sekinchan Sampah Sarap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, masih ada lagi segelintir pihak yang bersikap lepas tangan dalam menjaga kebersihan sehingga mencemarkan pandangan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan satu lokasi tumpuan di Sekinchan, Selangor yang menjadi tempat pengunjung bergambar telah dicemari dengan sampah-sarap.


Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @fizahusin_, dia meluahkan rasa kecewa apabila melihat tempat yang menjadi tumpuan pelancong dipenuhi dengan sampah.

Dakwanya, ia berpunca daripada sikap beberapa individu yang meninggalkan sampah merata-rata selepas mengadakan parti hari jadi di situ.

Artikel berkaitan: “Kata nature lover” – Pelajar UPM Kongsi Keadaan ‘Blue Lagoon’ Dipenuhi Sampah

Artikel berkaitan: “Lepak nak, buang sampah tak nak” – Viral Gambar Sungai Tempat Riadah Dipenuhi Sampah Sarap

“Jangan pergi tempat macam ni kalau korang ada mentaliti low class. Tempat ni memang cantik, ramai orang datang untuk ambil gambar.

“Dia datang ke sini nak celebrate birthday party dan bila dah habis celebrate semua, dia buang sampah merata-rata,” luahnya kesal.

@fizahusin_

Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat, jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayara dulu. Punya ramai kawan2 dia dekat situ tak ada sorang pun bawa ‘otak’. Semua bawa ‘sampah’. Useless jadi manusia kalau hal sekecil ‘buang sampah’ pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.

♬ original sound – Fiza.husin – Fiza.husin

Akibatnya, pemandangan di lokasi yang pada awalnya indah terus dilihat buruk kerana dicemari sampah sarap.

Dia juga menitipkan pesanan kepada pengunjung agar menjaga adab dan tidak berkelakuan sama seperti individu dalam video berkenaan.

“Lain kali kalau pergi tempat orang, tolong bawa adab tu dulu okay?” katanya.

“Jenis tak ada common sense

Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan sikap individu yang pentingkan diri dan turut kecewa melihat keadaan tersebut.

Screenshot 2024 07 01 144723 Screenshot 2024 07 01 144820 Screenshot 2024 07 01 144906

Difahamkan, lokasi bergambar itu dinamakan Pohon Durian Tunggal yang terletak di Jalan Parit 4, Sungai Burung, Sekinchan.

Macam manalah tempat cantik nak bertahan lama, kalau masih lagi bersikap begini…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.