in

“Pergi Melaka beli cincau” – Ayat Wartawan Ini Masa Sidang Media DS Ismail Sabri Buat Ramai Berdekah

Fi Cincauu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam dalam satu sidang media khas, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan prosedur operasi standard (SOP) bagi hari raya Aidilfitri nanti.


Sehubungan dengan itu, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 hingga 17 Mei di beberapa daerah di negeri Selangor. Selain itu, kebenaran rentas negeri masih tidak dibenarkan. Hmmmm memang tak dapatlah nak balik kampung

 

Pergi Melaka beli cincau

Namun, seorang wartawan semalam telah menarik perhatian ramai apabila pertanyaannya turut membuatkan Dato Seri Ismail Sabri ketawa.

Wartawan tersebut bertanya tentang isu rentas negeri yang sejak akhir-akhir ini menjadi bualan hangat ramai pihak. Tambah pula dengan isu ada selebriti yang dikatakan salah gunakan kebenaran rentas negeri.

Dia berkata sama ada terdapat pengecualian untuk golongan-golongan ini dalam isu merentas negeri kerana tidak mahu perkara tersebut berulang lagi.

Walau bagaimanapun, contoh yang diberikannya membuatkan ramai yang terhibur kerana dianggap sangat berkait dengan isu-isu yang terjadi sejak kebelakangan ini.

Posting yang dimuat naik melalui akaun Twitter @datukhensem dan sehingga kini meraih lebih 300k views.

 

“Smooth je dia selit”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong wartawan itu kerana kenyataannya itu ternyata membuatkan dorang terhibur. Selain ada juga yang kata dia pandai selitkan perkara tu dengan halus.

Rak Cincau 2 Edit

Reak Cincau 1 Edit

Reak Cincau 3 Edit

Halus je ayat dia, tapi boleh buat orang tergelak

 

Baca : “Ketika otak ada di atas, seolah ada bertindak seperti di lutut” – Pembaca Berita Bagi Komen Pedas Isu Kompaun RM 50K

Foot Cincau

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.