in

“Perempuan bijak takkan simpan, dia buang terus!” – Netizen Perli Suami Minta Simpati, Tapi Sendiri Tak Adil Berpoligami

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai lelaki yang berhasrat untuk berpoligami tapi mampukah wanita berbaik-baik dengan madunya?


Perkongsian seorang suami di sebuah page menarik perhatian netizen apabila dia berkongsi pengalamannya memadukan isterinya, Nadia bersama Mira.

Nadia, isteri yang tinggi, putih dan cute

Pada permulaan cerita, Amin memberitahu dirinya berjaya tackle dan berkahwin dengan Nadia yang 7 tahun lagi berusia daripadanya.

Sedangkan Nadia seorang yang tinggi, putih melepak dan mempunyai wajah yang cute serta sering menjadi buruan ramai kawan-kawan di office.

Perkahwinan
gambar hiasan

Sebulan kami berkawan, aku jatuh hati dengan sifat keibuan Nadia (lelaki baya aku banyak suka sifat ni).

Lepas dua bulan, kami kahwin. Tak sempat sgt bercinta tapi aku yang angau teruk masa tu.”

Menurut Amin, Nadia yang bertugas sebagai seorang juruaudit selalu outstation jadi anak-anak dijaga olehnya.

Terjebak dengan Tinder

Pada pertengahan 2018, Amin terjebak dengan Tinder lalu berkenalan dengan Mira yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Semuanya kerana pengaruh rakan sekerja.

“Aku ingat lagi, mula2 Nadia nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku.

Nadia redha je benarkan aku kahwin dengan Mira.”

Poligami 6
gambar hiasan

Apabila Nadia outstation, Amin akan tinggal bersama Mira membawa anak-anak.

Kadang-kadang sengaja sehingga 2-3 minggu bersama Mira walaupun Nadia tak berkata apa semata-mata untuk mengujinya.

Malah ada masa sampai 4-5 bulan tak balik rumah, tapi Nadia tak pernah bising. Kalau pergi bercuti pun, Nadia akan pergi dengan anak-anak saja.

“Baru ni aku balik ke rumah Nadia, sedih sebab Nadia langsung tak expect aku balik..”

Sepanjang Ramadhan, Amin memberitahu bahawa dia tak pernah berbuka puasa dengan Nadia kerana Mira tak nak berbuka seorang diri.

Bila pulang ke rumah Nadia, katanya sedih sebab langsung tak disediakan makanan berbuka untuknya.

Selepas anak-anak tidur, Nadia masuk bilik malu-malu dan mereka jadi kekok untuk berbual berdua. Amin terus luahkan apa yang terpendam.

“Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa.”

Rupa-rupanya Nadia dah lama makan hati tapi pilih untuk berdiam diri sebab rasa bersalah utamakan kerja berbanding keluarga.

Poligami 5
gambar hiasan

Malah dia dah sedia untuk jadi ibu tunggal jika diceraikan.

Nadia juga rupa-rupanya dah sediakan jadual untuk pulang berhari raya. Dan Amin langsung tak included dalam jadual hari raya Nadia.

“Kalau dah tawar hati, kau buatlah apapun memang hati isteri takkan tersentuh rasa simpati, kasihan semua..”

Sedih dengan aturan dibuat, Amin mengadu kepada page berkenaan. Sebaliknya dia ‘disekolahkan’ oleh para pembaca sebab dianggap tak adil.

Poligami 3
sumber: facebook
Poligami 2
sumber: facebook
Poligami 7
sumber: facebook
Poligami 1
sumber: facebook

Aduh, pedihnya baca komen-komen tentera bawang Malaysia ni. Apa-apa pun, semoga ada sinarlah dalam kehidupan Amin lepas ni.

Baca: Jaga-jaga Cik Kak! Wanita Ni Kongsi Sebab Kenapa Kahwin Dengan Laki Orang Best!

Gatal Nak Berkahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.