in

Perdana Menteri Finland Dikecam Lepas Videonya ‘Berparti’ Tersebar

Ft Pm Finland

Perdana Menteri Finland Sanna Marin menerima kecaman hebat selepas videonya berparti terbongkar dan tersebar di media sosial.

Wanita berusia 36 tahun yang juga merupakan pemimpin termuda di negara itu, sebelum ini pernah dikritik kerana menghabiskan terlalu banyak masa pergi ke festival muzik dan kelab malam daripada memimpin negara.

 

Menari dengan geng artis dan influencer

Menurut sumber, dalam video tersebut juga ada beberapa individu berpengaruh dari Finland menari bersamanya iaitu penyanyi Alma, influencer Janita Autio, pengacara TV Tinni Wikström, YouTuber Ilona Ylikorpi, pengacara radio Karoliina Tuominen, stylist Vesa Silver dan MP Ilmari Nurminen dari Parti Sosial Demokratik.

Biarpun waktu dan lokasi itu masih tidak dapat dikenalpasti, sumber melaporkan bahawa ia dirakam dari sebuah apartment peribadi. Sumber telah menghubungi Marin atau kakitangannya untuk mengulas isu ini tetapi tidak dijawab.

 

Selalu terpalit isu berparti

Tahun lepas Marin pernah dipaksa untuk membuat pemohonan maaf kerana ke kelab malam sehingga jam 4 pagi selepas disahkan jadi kontak rapat dengan kes Covid.

Beliau keluar untuk makan malam dan minum, hanya beberapa jam selepas salah seorang menterinya disahkan positif, pada mulanya dia beritahu bahawa dia tidak perlu mengasingkan diri kerana dia telah diberi vaksin sepenuhnya. Namun dia membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu menerusi Facebook.

Screenshot 2022 08 18 154934

“Saya sangat menyesal kerana tidak memahami bahawa saya perlu berbuat demikian.”

Dia menjelaskan bahawa dia telah terlepas mesej teks yang dihantar ke telefon bimbit kerja (hak milkk kerajaan), bukan telefon peribadi yang ada padanya.

Pengkritik PM berkata beliau sepatutnya mempunyai telefon kerajaan itu pada setiap masa atas sebab keselamatan negara sekiranya berlaku kecemasan.

Screenshot 2022 08 18 154947

Pada masa itu, seorang kolumnis untuk akhbar utama Sweden Dagens Nyheter telah menyelar Marin dengan melabelkannya sebagai “penjilat selebriti”, dan mengatakan bahawa beliau “seolah-olah suka mengelilingi dirinya dengan selebriti dan suka bergambar di media sosial”.

Screenshot 2022 08 18 155000

Penghakimannya juga dipersoalkan selepas bergambar dengan Janne Raninen, bekas pembunuh upahan  yang menghabiskan dua dekad di penjara.

Baca : Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya

Vida