Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim semalam telah berkongsi satu kejadian yang menimpanya apabila kereta Honda milik baginda telah digeser oleh sebuah kenderaan jenis BMW.
Menerusi perkongsian di Instagram, Tunku Idris memuat naik sebuah video CCTV memaparkan kenderaan BWM bernombor plat Singapura telah menggeser keretanya yang diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.17 petang Isnin ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang parkir yang kosong.
Pemandu lelaki itu kemudian dilihat keluar dari kenderaannya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan sama ada kenderaan Tunku Idris mengalami kerosakan atau tidak.
Dipaparkan juga keadaan kereta Tunku Idris yang tercalar akibat daripada perlanggaran tersebut. Aduhai…
Di bawah posting tersebut, Tunku Idris hanya menulis kapsyen “Perangai” menandakan rasa kecewanya akibat kereta digeser pemandu tidak bertanggungjawab.
“Tunggu hasil siasatan”
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya juga sudah ambil maklum akan kejadian itu dan laporan mengenainya juga dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.
Bagi tindakan seterusnya, kita akan tunggu hasil siasatan nanti,” katanya.
Hati-hati ketika memandu, bimbang kalau terlanggar kereta orang kenamaan ni.
Baca: Tiada Angin Tiada Ribut, Tindakan Myvi Gesel Kereta Tepi Dinding Buat Netizen Tertanya-tanya