in

Penyokong Najib Buat Sepah

Page Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan antara event bersejarah di Malaysia apabila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan pecah amanah.


Sepanjang Najib berada di Mahkamah Kuala Lumpur, kawasan bangunan tersebut telah dibanjiri dengan ramai penyokong Najib yang kesemuanya tidak percaya dengan pendakwaan ke atas bekas PM itu.

Keadaan turut jadi gamat dengan laungan mereka meminta Najib dibebaskan. Mereka turut memegang plakad dan poster yang bertulis “#FreeNajib” dan “Respect Civil Rights” tanda sokongan buat Najib.

K1
sumber: wob

Namun begitu, beberapa gambar yang telah viral di media sosial menjadi bualan hangat kerana plakad dan poster yang digunakan itu dilihat dibuang di tepi jalan je lepas semuanya selesai, lapor WORLD OF BUZZ.

K2
sumber: wob

Buat masa ini masih tidak dapat dipastikan sekiranya gambar yang diambil berlaku sebelum ataupun selepas protes itu dijalankan. Tetapi, netizen membuat andaian kemungkinan plakad dan poster berkenaan dibuang oleh ahli UMNO selepas protes itu dihentikan.

Orang ramai marah melihat keadaan ini kerana ianya menggambarkan betapa teruknya mentaliti penyokong kerana tiada kesedaran sivil dengan bertindak membuat sepah seperti itu.

“DBKL patut bagi saman dekat UMNO sebab membuang sampah merata-rata. Lagi bagus kalau setiap seorang yang protes tu dapat saman sebab muka dorang pun ada di Facebook.”

“Bayaran mereka untuk datang ke mahkamah tak termasuk membuang sampah dalam tong sampah, sebab tu dorang tinggalkan je poster tu dekat situ.”

Dah 2018 pun masih ada yang buang sampah merata-rata. Apa kata kita contohi rakyat jepun yang sentiasa menjaga kebersihan?

Baca: Ellie Suriati Cetus Provokasi Laung Sokong Najib

Page Ellie 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.