in

Penyanyi Veteran, Abu Bakar Ellah Bertanding PRN Sabah

Abu Bakar Ellah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan komposer veteran Sabah, Abu Bakar Ellah, mencuri tumpuan apabila menjadi antara calon paling awal tiba di Dewan Sri Lamag bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini.

Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu hadir sekitar jam 7.42 pagi, lengkap berpakaian coklat untuk menyerahkan borang pencalonannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.


Screenshot 2025 11 15 at 1.20.55 PM

Pengumuman pencalonannya dibuat pada 13 November lalu, apabila KDM menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 40 calon yang diketengahkan parti itu.

Selain aktif dalam arena politik, Abu Bakar mempunyai latar belakang seni yang kukuh, pernah meraih tempat ketiga dalam sebuah program realiti nyanyian dan dikenali luas dalam industri hiburan Sabah.

Artikel berkaitan: Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Artikel berkaitan: Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan, 5 Menteri Ini Kena Kuarantin Lepas Pulang Berkempen Dari PRN Sabah

Kerusi DUN Kuamut kini disandang oleh Datuk Masiung Banah, yang memenanginya sebagai calon Bebas pada PRN16 dengan majoriti 978 undi dalam saingan lima penjuru.

Sebelum itu, Masiung mengekalkan kerusi berkenaan selama tiga penggal melalui tiket BN.

Namun, pada PRN kali ini, Masiung kembali mempertaruhkan nasibnya, tetapi kali ini di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menjadikan saingan bagi kerusi Kuamut lebih menarik dan kompetitif.

Abu Bakar Ellah

Untuk rekod, Abu Bakar Ellah yang turut dikenali sebagai “Ampal”, kembali mencuba nasib dalam PRN Sabah selepas penyertaan pertamanya pada tahun 2004 sebagai calon Bebas yang ketika itu menyaksikan beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Johnny@Juni Intang.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.