in

“Penuntut tidak perlu berada di kampus” – UM Kurangkan 120 Yuran Setiap Semestar

Um 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan pelajar tidak perlu ke kampus, Universiti Malaya (UM) telah mengurangkan yuran perkhidmatan universiti sebanyak RM120 bagi setiap semester kepada lebih 22,000 penuntutnya melalui inisiatif Bantuan UM Prihatin.


Pengurangan yuran perkhidmatan itu diberikan selama 3 semester  iaitu dua bagi sesi 2019/2020 dan semester satu dan dua pada 2020/2021, menurut Pejabat Komunikasi Korporat UM.

 

Bermula sejak semester dua bagi sesi 2019/2020, UM melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana penuntut tidak perlu berada di kampus.”

Um

Pengurangan yuran pendaftaran tersebut diberikan kepada semua penuntut warganegara mahupun bukan warganegara yang merangkumi sukan dan rekreasi, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kesihatan atau kebajikan. Lapor Berita Harian.

Malah,  pengurangan yuran perkhidmatan ini adalah antara 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula ditawarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu.

Katanya lagi, pihak universiti akan sentiasa utamakan kebajikan penuntut dalam berdepan cabaran norma baharu, sejak kebelakangan ini.

 

Baca : Rumah No. 2 Universiti Malaya: Dulu Bas Tua & Antik, Sekarang Dah ‘Transform’ Jadi Airbnb Cantik!

Basum

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.