Sebuah penerbangan Qantas dari Sydney ke Johannesburg terpaksa ditangguhkan selama hampir sehari selepas pesawat jenis Airbus A380 yang digunakan mengalami kerosakan akibat dilanggar aerobridge.
Memetik laporan Sinar Harian, insiden berlaku pada pagi Sabtu ketika pesawat penerbangan QF63 sedang bersedia untuk berlepas pada jam 9.30 pagi dari Lapangan Terbang Sydney. Aerobridge yang digunakan di pintu berlepas dilaporkan terlanggar salah satu daripada empat enjin pesawat berkenaan.
Penumpang yang sudah menaiki pesawat kemudian diarahkan turun melalui dek bawah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Menurut kenyataan Qantas, penerbangan kini dijadualkan semula dan sebuah pesawat gantian akan berlepas pada jam 6.45 pagi Ahad.
Pesawat tersebut diperiksa oleh jurutera di Sydney dan dibaiki sebelum kembali beroperasi.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca pelanggaran antara aerobridge dan pesawat kerana ianya amat jarang berlaku dalam operasi biasa di lapangan terbang antarabangsa.
Baca: Penumpang Panik, Pesawat Menjunam 26,000 Kaki Dalam Masa Kurang 10 Minit