Naik kapal terbang ni boleh dikatakan satu perkara yang agak stressfull jugakkan? Banyak benda yang nak difikirkan dari kita book kapal terbang sampailah kita naik kapal terbang.
Tak cukup dengan tu, kita juga kena fikir pasal perjalanan, kalau perjalanan jauh lepastu ada pulak penumpang yang tak considerate, berdengkur, bayi menangis, semualah.
Tapi, semua benda ni tak boleh nak lawan rasa tertekan bila korang baca cerita-cerita dekat bawah ni, sebabkan benda-benda tak munasabah, tak pasal-pasal pulak kapal terbang terpaksa patah balik dan buatkan semua penumpang terkesan.
Artikel berkaitan: Terpaksa Patah Balik Gara-gara Seekor Kuda ‘Melompat’ Dalam Pesawat
Artikel berkaitan: “Untuk keselamatan semua” – Ini 3 Pekara Tak Boleh Sebut Dalam Pesawat Walaupun Hanya Gurauan
1. Penumpang tak boleh stop nyanyi lagu Whitney Houstan
Menyanyi atas kapal terbang mestilah tak salah kan? Tapi apa yang jadi kalau korang buat keputusan nak menyanyi lagu yang sama berulang-ulang tanpa berhenti?
Tahun 2013 yang lalu, seorang wanita yang menaiki pesawat American Airlines dari Los Angeles ke New York telah dihalau keluar dan pesawat terpaksa dilencongkan ke Kansas City gara-gara dia telah mengganggu penumpang dan tak mahu berhenti menyanyi lagu popular Whitney Houstan, I Will Always Love You.
Selepas mendarat di Kansas City, wanita ini telah dibawa keluar dari pesawat menggunakan gari. Menurut pihak polis, wanita tersebut telah membuat kacau dengan nyanyiannya dan tak hirau dengan teguran pramugari. Tak cukup dengan itu, dia juga telah menolak untuk menerima sebarang rawatan.
Pihak keselamatan di lapangan terbang membuat keputusan untuk tidak mendakwa wanita ini namun begitu, pihak American Airlines enggan menerima wanita tersebut untuk naik ke pesawat semula.
2. Kentut dalam pesawat
Pada tahun 2018, seorang lelaki yang menaiki pesawat Transavia Airlines dari Dubai ke Amsterdam telah diarahkan untuk keluar dari kapal terbang selepas lelaki ini kentut tanpa henti sehingga kapal terbang terpaksa mendarat di Vienna, Austria.
Menurut laporan, dua lelaki yang duduk bersebelahan dengan lelaki tersebut telah meminta dia untuk berhenti kentut sehingga tercetusnya pergaduhan.
3. Pelakon buat hal
Seorang pelakon kontroversi, Gérard Depardieu telah mencetuskan kekecohan ketika dia menaiki penerbangan ke Dublin pada tahun 2011.
Pelakon ini dikatakan telah kencing di lorong laluan kapal terbang selepas dia tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas pesawat ekoran peraturan yang meminta penumpang untuk tidak pergi ke tandas sebelum berlepas.
Disebabkan tindakan Gérard ini, juruterbang terpaksa berpatah balik bagi menyelesaikan isu ini.
4. Penerbangan paling teruk
Penumpang Qantas Airlines pada tahun 2017 telah mengalami pengalaman penerbangan terburuk yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.
Kalau korang nak tahu, kapal terbang ni telah berpatah balik selama empat kali dalam masa 48 jam gara-gara banyak sebab.
Antaranya terdapat laporan mengatakan ada bau pelik, sistem hiburan dalam pesawat tak berfungsi serta pendingin hawa rosak. Adoiii bazir masa betul
5. Anak pemilik kapal terbang buat perangai
Pada tahun 2014, satu pesawat terpaksa membuat pusingan selepas anak kepada pemilik Korean Air, Cho Hyun-ah dikatakan buat perangai.
Hyun-ah dikatakan telah mengamuk selepas pramugari hidangkan dia kacang di dalam paket dan bukannya di dalam pinggan. Selain itu, dia juga dikatakan telah menghina ketua penerbangan pesawat tersebut.
Ekoran tindakannya ni, dia telah didapati bersalah kerana menimbulkan kekacauan dan dihukum penjara lima bulan.
6. Tertinggal bayi
Satu penerbangan ke Malaysia dari Arab Saudi telah berpatah balik atas sebab yang paling tak masuk akal sekali!
Mana tidaknya, salah seorang penumpang ini telah tertinggal bayinya di terminal sehingga kapal terbang ini terpaksa membuat pusingan semula untuk mendapatkan semula bayi penumpang tersebut.
Malah perbualan di antara krew kabin dengan pengawal trafik udara turut tular di media sosial di mana pengawal trafik udara mengatakan:
Seorang penumpang tertinggal bayinya di ruangan menunggu. Kesian…”
Sumber: Stars Insider