in

“Penumpang lain tengok je ke?!”- [VIDEO] Wanita Kasari Pemandu Bas Sebab Bengang Kena Tegur

Tendang Pemandu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Penumpang lain tengok je ke?!"- [VIDEO] Wanita Kasari Pemandu Bas Sebab Bengang Kena Tegur
Loading
/

Berang dan tak boleh terima teguran daripada pemandu bas, seorang wanita bertindak mengasari lelaki itu. Menurut SCMP, kejadian yang berlaku di China itu menjadi viral selepas video rakaman di dalam bas tersebar di internet.


Berdasarkan kenyataan daripada pihak polis, wanita bernama Chen itu menahan bas tersebut di tepi jalan. Walaupun dia tak tunggu dekat bus stop, pemandu tu tetap berhenti dan pick up dia. Tapi, disebabkan dia tidak menunggu dekat perhentian bas, pemandu tu tegur dia supaya tunggu dekat bus stop di masa akan datang.

Chen kemudian berdiri dekat tepi tempat duduk pemandu dan disebabkan bengang ditegur macam tu, dia terus terajang muka pemandu terbabit beberapa kali.

B2

B7

Bukan setakat tu, dia juga dikatakan menengking, baling botol air, pukul pemandu berkenaan dan cuba untuk capai stereng bas selain turut memaksa pemandu tu tekan pedal brek.

Pemandu tu terus hubungi pihak polis untuk melaporkan apa yang berlaku tapi walaupun dia tengah bercakap dekat telefon, Chen tetap selamba terajang muka dia berkali-kali.

Hi polis, saya pemandu bas. Ada seseorang serang saya. Cepat datang, saya dah mula rasa pening.”

B5

Lepas habis call, Chen serang pemandu tu dan minta dia serahkan handphone pula. Bila dia tak bagi, Chen pukul, baling botol dan tendang berkali-kali sampai pemandu tu terpaksa tahan muka dia guna tangan.

Bagi saya telefon tu!”

B1

B8

Disebabkan tindakan dia tu, Chen telah ditahan pihak polis di atas kesalahan membahayakan keselamatan orang awam dan pemandu tu telah dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Netizen yang tonton video tu dekat Facebook tak puas hati dan bengang dengan Chen sebab mencederakan orang lain sesuka hati. Ada juga yang tertanya-tanya kenapa penumpang lain tak tolong tapi tak dipastikan pula sama ada bas itu mempunyai penumpang lain atau tidak.”

“Dia patut dapat hukuman yang berat.”

“Orang macam ni patut hantar je dekat penjara China tu.”

“Mana penumpang lain? Takkan dorang tengok je perempuan tu buat macam tu.”

Tapi, ada juga netizen cakap Chen dah cukup beruntung sebab pemandu tu sejenis yang penyabar sebab kalau nak diikutkan dia mampu je balas balik dan beri tumbukan ‘padu’ dekat Chen.

“Dia (Chen) layak ditumbuk.”

“Respect pemandu tu sebab penyabar. Padahal dia boleh je tumbuk balik.”

“Untung perempuan tu sebab pemandu tu boleh bersabar.”

Tonton video viral tu dekat bawah ni:

Rasanya kalau pemandu tu tumbuk sekali je dia dah pengsan agaknya…

Baca: “Kau dah ada 12 anak dengan aku!” – Pemandu Bas Kantoi Curang Kena Belasah Dengan Isteri Depan Orang Ramai

Kena Belasah Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.