Tidak hirau dan tidak peduli. Itulah yang terjadi kepada seorang gelandangan yang hidup di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Amerika Syarikat.
Menurut laporan, kejadian itu disedari dan dirakam seorang penumpang kereta api yang menjadi saksi sekumpulan tikus berada berhampiran gelandangan yang sedang tidur.
Artikel berkaitan: “Jaga-jaga beli lauk basah” – Individu Rakam Tikus Makan Ayam Mentah Di Kedai Runcit Buat Ramai Risau
Artikel berkaitan: Tak Dapat Tikus Anak Itik Jadi Mangsa, Gelagat Kucing ‘Oyen’ Buat Netizen Geli Hati
Lebih mengejutkan, apabila gelandangan itu mengerakkan dirinya, terdapat puluhan tikus lain turut bersembunyi di dalam selimut.
Kejadian itu amat mengelikan, bagaimanapun rata-rata netizen turut bersimpati terhadap gelandangan itu.
Dipercayai kebanyakkan gelandangan di negara itu tidak mempunyai tempat berlindung dan peluang pekerjaan sangat tipis. Mereka bergantung harap kepada ihsan orang ramai yang sudi memberikan wang dan sumbangan.
Negera kita juga terdapat banyak gelandangan, antara faktor utama adalah disebabkan masalah kewangan.
Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk menangani isu gelandangan ini di negara kita?