Musim perayaan dah semakin dekat. Selain memandu sendiri, ramai yang memilih untuk pulang ke kampung dengan bas. Namun malang tidak berbau apabila tiga orang individu maut dalam kemalangan petang semalam.
Menurut Harian Metro, kemalangan jam 1.15 tengah hari tersebut melibatkan dua buah lori dan sebuah bas ekspress di Kilometer 142.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pagoh di Muar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail memberitahu bahawa tiga individu yang meninggal dunia merupakan pemandu bas Shuaib K K Mohamed Unny yang berusia 50 tahun dan dua orang penumpang.
“Seorang lagi pemandu dan 25 penumpang bas ekspres itu selamat, pemandu treler dan lori tangki yang terbabit dalam kemalangan sama juga selamat.”
“Setakat ini, punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.”
Salah seorang mangsa Norazah Hendri yang berusia 20 tahun menceritakan bahawa dia tiba-tiba terasa satu hentakan ketika berada di dalam bas dan begitu terkejut dengan apa yang disaksikan. Norazah ditemani kakaknya dalam perjalanan untuk menghadiri sesi temu duga di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Ketika kejadian, saya nyenyak tidur sebelum tiba-tiba terasa macam ada hentakan. Bila buka mata, saya nampak beberapa penumpang bas seolah-olah terpelanting ke hadapan, di luar bas pun ada orang.”
“Kakak saya, Norizah hanya cedera ringan di mulut dan dagu.”
Pemandu lori kontena mengalami kecederaan di pinggang, 22 orang penumpang bas yang lain cedera, manakala kelindan lori dan penumpang lain selamat. Mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan lanjut.
Sentiasa berhati-hati ketika mahu pulang ke kampung halaman di musim perayaan macam ni. Make sure periksa kenderaan terlebih dahulu, pastikan tidak berada dalam keadaan letih atau mengantuk ketika memandu dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terjadi perkara yang tak diingini.
Tonton video kejadian di bawah:
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Baca: Salah Siapa Sebenarnya Ni? Video Viral Kemalangan di Johor Buat Netizen Bertelagah