in

Penting! 7 Perkara Kebanyakan Wanita Tak Ambil Tahu Sebelum Bergelar Isteri dan Ibu

D35704B70E78Efe26666A6346A737Ca4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau disoal kepada gadis-gadis zaman sekarang, pasti ramai yang tak sabar-sabar nak mendirikan rumah tangga walaupun baru berusia belasan tahun. Namun begitu, korang yakin ke ilmu yang korang ada ni cukup untuk menempuhi perkahwinan yang serba mencabar?


Perkahwinan bukanlah satu permainan dan pasangan yang tidak mempunyai kesabaran serta kekuatan dalam melaluinya selalu kecundang di tengah jalan. Berikut kami kongsikan tujuh perkara yang ramai wanita tidak ambil tahu sebelum bergelar isteri dan ibu. Entri ini ialah perkongsian Kak N daripada IIUM Confession.

 

1. Gali ilmu tentang alam selepas perkahwinan 

Perkahwinan
gambar hiasan

Sebelum kahwin, tolonglah gali ilmu mengenai kehamilan, kelahiran, penyusuan dan kanak-kanak. Perkahwinan bukan sekadar ‘seronok buat anak’ tapi anda sebaiknya perlu ada ilmu mengenai kehamilan dan sebagainya. Jadilah ibu yang berilmu bukan seorang yang dungu.

 

2. Makan folic acid

Ap 16132595852817 Custom E834Fcccb62781Bfbf095Bf29Ceee5D752E95F18 S900 C85
gambar hiasan

Tolong makan folic acid enam bulan sebelum berkahwin. Folic acid penting untuk pembentukkan ‘Neural Tube’ dan saraf untuk elak daripada Spina Bifida berlaku pada bayi.

 

3. Tolong vaksinkan anak

Bayi Butuh Imunisasi Bcg Untuk Apa Alodokter
gambar hiasan

Menurut Kak N, penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui vaksin sudah mula menular dan menjangkiti kanak-kanak yang lain. Sebaiknya jagalah kesihatan anak dengan menvaksinkan mereka. Kalau tak mahu vaksin, sebaiknya kurung anak di dalam rumah untuk mengelakkan daripada tersebarnya penyakit kepada orang lain. Bagi yang mengatakan vaksin sebagai agenda Yahudi, mohon lakukan lebih banyak kajian. Hendak bertawakal juga perlu kena dengan gayanya. 

 

4. Bersedia mental dan fizikal untuk hadapi kehamilan

Man Caring For Pregnant Wife
gambar hiasan

Bakal ibu diminta sediakan mental dan fizikal untuk hadapi fasa-fasa kehamilan. Menurut Kak N, ada di antara pesakitnya datang ke klinik dan minta digugurkan kandungan atas alasan tak bersedia nak menjadi seorang ibu dan tak mampu nak menjaga anak. Ingat, rezeki anak ini Allah yang beri dan setiap anak sudah tertulis bahagian rezeki mereka.

 

5. Bijak buat keputusan bila mengalami komplikasi kehamilan

Sembelit Pada Ibu Hamil Alodokter
gambar hiasan

Ketika mempunyai komplikasi semasa mengandung dan kelahiran, wanita diminta membuat keputusan untuk diri sendiri dan anak bukan ikut keputusan suami yang kadangkala agak membingungkan. Taat pun ada tempatnya, pesan Kak N.

Semasa di hospital dulu, terdapat kes bayi di dalam kandungan lemas disebabkan tali pusat terbelit dan perlu menjalani Emergency Lower Segment Ceasarean Section (EMLSCS). Namun si isteri tidak mahu menjalankan ceasarean kerana suami tidak benarkan dan mahu isterinya bersalin normal. Sudahnya, anak dalam kandungan meninggal. Si suami dengan selamba berkata, “Redha dengan ujian Allah.” Ish, ish, ish! 

 

6. Jaga pemakanan 

O Cooking Facebook
gambar hiasan

Jaga pemakanan dan jangan ambil jamu atau supplement mengarut. Jangan rosakkan organ dalaman anda. Penjual hanya nakkan untung dan tak kisah pun kalau pelanggan sakit.

 

7. Jangan terlalu ikut sangat pantang bersalin

Berpantang
gambar hiasan

Apabila sudah bersalin, jangan terlalu ikutkan sangat pantang bersalin yang tidak logik seperti jangan berjalan banyak atau jangan minum air kerana ditakuti bentan. Menurut Kak N, bentan dalam bahasa saintifik dipanggil Peuperal Sepsis iaitu jangkitan disebabkan tidak menjaga kebersihan dan bukannya kerana langgar pantang.

Ibu yang menyusu perlukan banyak air. Oleh itu, minumlah air masak dengan sebanyaknya. Anda juga digalakkan banyak berjalan, semampu yang boleh untuk elakkan Deep Vein Thrombosis daripada berlaku.

Bukan mudah tau nak jadi seorang ibu dan isteri. Diharapkan remaja perempuan zaman sekarang sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan untuk menempuhi fasa perkahwinan. Kahwin memang seronok tapi banyak ilmu kena ada!

Baca: Pasangan Pengantin Ini Hanya Belanja RM1,350 Untuk Perkahwinan Mereka. Begini Caranya…

Gk8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.