Cuba bayangkan anda sedang menonton filem seram di panggung wayang, tiba-tiba ada penonton yang meracau gara-gara dirasuk. Apa yang anda akan buat?
Inilah yang terjadi di sebuah panggung wayang di Indonesia apabila seorang penonton berjaya merakamkan kejadian di mana penonton lain dirasuk ketika menonton filem seram.
Tiba-tiba meracau
Difahamkan, tayangan filem itu terpaksa diberhentikan seketika kerana seorang penonton tiba-tiba meracau dan ketawa, sekaligus mengganggu keselesaan penonton yang lain.
Dalam video tersebut, turut kelihatan beberapa penonton lain yang terus meninggalkan dewan panggung wayang sejurus melihat penonton yang dirasuk secara tiba-tiba itu.
@callme.eca1 serem bgt sampe di pause film nya ? #horror #horrorstory #bioskop #ceritakita #KredivoSefleksibelItu #fyp #berandafyp
Sambung tayang, tapi buka lampu
Sejurus itu, beberapa staf di situ cuba menenangkan keadaan dan membawa penonton yang meracau itu keluar daripada dewan tayangan.
Meskipun berlaku kejadian yang mengejutkan ini, tayangan filem tersebut masih tetap diteruskan. Difahamkan, masih ada penonton yang mahu menyambung menonton filem itu.
Bagaimanapun, filem tersebut ditayangkan dalam keadaan lampu terbuka selepas ada beberapa penonton yang meminta agar staf memasang lampu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku lagi.
@verisamnta bisa2nya:(
Jika anda ada di situ, nak sambung tonton atau balik terus?
BACA: 7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!