Budaya ‘kabel’ sangat bahaya terutamanya dalam pekerjaan, terbaru seorang penjawat awam direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu gara-gara salah guna kuasa membabitkan beberapa permohonan tanah kerajaan.
Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat terhadap suspek dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Terengganu.
Artikel berkaitan: NGO Kantoi Seleweng Dana RM26 Juta Konon Untuk Misi Kemanusiaan Di Syria, Buat Beli Harta Mewah & Wang Kripto
Artikel berkaitan: Menteri Agama Tegur Sikap Orang Awam Ambil Tanah Kubur Mangsa Nahas UPSI Untuk Tujuan ‘Berkat’
Menurut laporan Harian Metro, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan penyelewengan dari tahun 2019 hingga 2023 apabila menukar pelan tanah, selain mengendalikan beberapa proses berkaitan tanah di negeri ini untuk kepentingan anak-anaknya.
Susulan penahanan tersebut, SPRM Terengganu menyita dua bidang tanah yang terletak di sebuah daerah di Terengganu, masing-masing berkeluasan 9,000 dan 6,000 kaki persegi bagi tujuan siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) ASPRM 2009.
Sumber: Harian Metro