Nama Puteri Balqis tidak lagi asing dalam dunia seni hiburan tanah air kerana pernah memenangi anugerah pelakon terbaik ketika baru berusia 7 tahun. Selepas ‘berdiam diri’ selama beberapa tahun, Puteri Balqis atau nama panggilannya Aqish pernah juga menjual buku bersama ibunya di tepi jalan.
Baru-baru ini, Puteri Balqis mendedahkan dirinya selalu dicaci di media sosial gara-gara penampilan serta mengejeknya bertutur dalam bahasa Inggeris.
Padam lebih 300 komen setiap hari
Kosmo! melaporkan, pelakon tersebut selalu dihina oleh netizen dengan ayat cacian sehinggakan dia terpaksa memadam ratusan komen negatif di akaun Instagram. Kata Aqish, media sosial seperti diari hariannya jadi itu sebab dia perlu berbuat demikian.
Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen terutama sekali yang menghina pendidikan saya. Disebabkan itu tidak nampak sebarang komen negatif dalam media sosial saya kerana saya padam atau sekat.
Saya anggap laman sosial saya kampung dan diari. Di situ memang tempat selamat bagi saya, jadi tidak mungkin saya akan biarkan mereka berkampung dalam laman sosial saya.
Ada yang ejek sebab slang Bahasa Inggeris
Pelakon berusia 17 tahun itu turut memaklumkan dia diejek ‘pengemis’ dan ‘acah cakap Inggeris’ oleh segelintir netizen namun baginya semua orang perlu menguasai pelbagai bahasa untuk digunakan pada masa hadapan.
Artikel berkaitan: “Berlakon satu apa award pun takde” – Puteri Balqis Bengang, Disindir Pelakon Umur 14 Tahun?
Artikel berkaitan: “Biasalah tengah viral” – Puteri Balqis Digugurkan Dari Drama 14 Episod
Sebagai contoh apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan orang mengejek, saya akan terus sekat.
Saya dapat komen seperti ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ ataupun budak kampung yang tidak perlu acah cakap Inggeris. Belajar bahasa lain juga penting sebagai ilmu pengetahuan.
Tambahnya, orang Barat juga pandai bertutur dalam Bahasa Melayu kerana mereka mempunyai keinginan untuk belajar. Jadi, tiada alasan untuk orang kita belajar bahasa lain dan bukan bermakna kita mengagungkan negara Barat.
Sebelum ini, Aqish juga pernah terpalit dengan sesetengah dakwaan oleh orang ramai yang berkata dia sombong dan sukar didekati. Pun begitu, Aqish sebenarnya mempunyai masalah bersosial sehingga mengakibatkan dirinya bersikap dingin ketika berhadapan orang ramai.
Sumber: Kosmo!