Seorang pengawal keselamatan wanita dan kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rembau atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan Tahun 3 di sebuah sekolah di daerah berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tandas sekolah kira-kira jam 9.30 pagi, minggu lalu.
Tertuduh, seorang jurukimpal, Muhamad Mohd Mohtar, 25, dan teman wanitanya yang juga pengawal keselamatan sekolah, Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.
Artikel berkaitan: Guru Silat Didakwa C*bul Remaja Lelaki Umur 15 hingga 17 Tahun
Artikel berkaitan: Pemandu Van Sekolah C*bul Murid Lelaki 7 Tahun, Merayu Bayar Pampasan Lepas ‘Kantoi’ Dengan Ibu
Siasatan mendapati mangsa berusia sembilan tahun pergi ke tandas sebelum kejadian berlaku. Hasil pemeriksaan di Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban mendapati tiada unsur rogol, namun kes disyaki cubaan rogol dengan elemen cabul.
Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan syarat perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 November ini. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sumber: Harian Metro