in

Pengasuh Nangis Teresak-esak Kena Soal Influencer, Kes Dera Anak Majikan Sampai Muka Lebam

Pengasuh Kena Soal Pukul Anak Orang

Baru-baru ini, seorang influencer dari Indonesia mendedahkan bahawa anak perempuannya bernama Cana telah dianiaya oleh pengasuhnya sendiri.

Menerusi perkongsian Emy Aghnia, dia mendedahkan anaknya telah didera hingga lebam teruk di bahagian mata dan telinga setelah ditinggalkan dua hari bersama pengasuh tersebut.

Rakaman CCTV yang tular juga memaparkan tindakan kejam pengasuh tersebut yang dilihat mendera kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu.

Snapinsta.app 434299079 18425434762000387 937121024884317735 N 1080

Snapinsta.app 434283005 18425434792000387 7536116260866720101 N 1080

Kes itu menurut Emy telah dirujuk ke pihak berkuasa dan kini sedang dalam siasatan polis.

Sudah dianggap keluarga, diberi anak untuk dijaga selama dua hari kenapa kau siksa belahan jiwaku ini. 

“Mohon doa kawan-kawan dan mohon diproses pihak polis Malang, tolong saya minta keadilan seadil-adilnya. 

“Perlu diketahui sebelumnya saya tidak memiliki masalah apapun dengan sus (pengasuh) ‘I’. Posisi sus sepertinya tidak mengetahui Cana disiksa,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Kena tahan lapar, tidur dalam tandas” – JAIS Siasat Sekolah Tahfiz Didakwa Dera Pelajar

Artikel berkaitan: “Rupanya cikgu yg disangka favourite tu saka” – [VIDEO] Ibu Dedah Anak Didera Cikgu Tadika

Tular video pengasuh kena soal dalam kereta 

Susulan pendedahan itu, tular pula satu video memaparkan influencer berkenaan menyoal pengasuh yang mendera anaknya di dalam kereta sebelum dibawa ke balai polis.

Di dalam video berkenaan, pengasuh tersebut telah membuat pengakuan bahawa dia telah mendera anak majikannya hingga cedera parah dalam keadaan teresak-esak.

Emy Aghnia dan suaminya juga di dalam video itu kedengaran tidak dapat menahan sabar dan memarahi pengasuh itu kerana mendera seorang anak kecil yang tidak bersalah.

Pada awalnya juga, pengasuh itu berdalih dalam mengakui dia membuat perkara tersebut sebelum diasak dan dijerkah berkali-kali oleh majikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA 🌙 (@emyaghnia)

Apa kamu buat padanya, pukul dan cubit? Baik kamu mengaku cepat! 

“Saya selalu berbuat baik sesama manusia. Kamu sakit, aku belikan ubat, kalau ada makanan sedap selalu saya belikan. Selalu ingat kamu,” kata Emy.

Menerusi satu lagi posting di Instagram, ibu mangsa juga mendedahkan kronologi kejadian tersebut berlaku dan mendakwa pengasuh berkenaan telah mendera anaknya pada Khamis lepas (27/3/2024).

Pengasuh tersebut kemudian menipu orang-orang di dalam rumah dengan mengatakan mangsa demam sehingga makanan terpaksa dibawa ke dalam bilik untuk mengelakkan orang lain melihat keadaan kanak-kanak tersebut.

Motif pelaku menyiksa Cana kerana Cana tidak mahu diubati bekas cakarannya. Belum tahu apakah cakaran itu kerana dia atau tidak. 

“Hari di mana saya balik dari Jakarta, pelaku memberitahu saya bahawa Cana jatuh dari bilik mandi dan cedera. 

“Tapi kecederaannya tidak wajar. Suami periksa CCTV ternyata bukti pelaku melakukan penganiayaan tapi tidak mengakui,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA 🌙 (@emyaghnia)

Kes ini kini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Malang dan ibu bapa mangsa berharap anaknya mendapat keadilan yang sewajarnya atas apa yang berlaku.

Sumber: Majoriti, Instagram, Suara

Sumber: Instagram