Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pelanggaran kecil antara dua buah motosikal namun apa yang membuatkan ramai netizen marah ialah seorang lelaki bertindak agresif dan memukul seorang lagi penunggang.
Dalam video berkenaan kelihatan lelaki yang memukul itu menunggang secara gopoh dan berlanggar dengan penunggang lain, difahamkan lelaki yang dipukul itu merupakan warga emas.
Menurut laporan Buletin TV3, insiden itu berlaku di Jalan Cheras Perdana, Hulu Langat pada 1 September lalu.
Lelaki dijel 6 bulan tunggang gopoh, pukul warga emas
KAJANG – Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas dalam video tular lelaki tidak… pic.twitter.com/MXOu1hlkNx
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 6, 2023
Artikel berkaitan: “Thank you so much TPM” – Zahid Hamidi Dipuji, Tolong Lelaki Kemalangan Motor
Artikel berkaitan: “Dia lupa kot bawa kereta, selalu motor” – Toyota Vios Cuba Naik Jejantas Pejalan Kaki & Motor
Terbaru, lelaki itu telah pun ditahan dan dijatuhkan hukuman di atas pertuduhan menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap Irwan Syah Rizal selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 3 Sept lalu.
Bagi kesalahan menunggang motosikal dengan gopoh pula, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mencederakan, dia dijatuhi hukuman empat bulan.
Sebelum ini, video rakaman dash cam insiden itu tular dan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Sumber: Buletin TV3