Rasanya lama juga kita tak dengar cerita tentang Aslam, Umisya dan Marissa yang sebelum ini pernah hangat diperkatakan di media sosial, kan?
Terbaru, pempengaruh Umisya Mazlan mendedahkan yang dia baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang juga anak ketiganya hasil perkahwinan dengan Ahmad Aslam.
Menerusi posting di Instagram, Umisya memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya di hospital dengan Aslam berada di sisi sambil mendukung anak mereka.
View this post on Instagram
Alhamdulillah terima kasih untuk semua yang mendoakan Misya sepanjang journey mengandung Misya.
Alhamdulillah proses bersalin sangat-sangat dipermudahkan Allah. Pengalaman kali ini memang lain dari yang lain, mungkin sebab girl kot,” katanya juga memaklumkan dia selamat bersalin pada 17 Februari lalu.
Artikel berkaitan: Mengidam Nak Makan Ayam Korea, Umisya Mazlan Hamil Anak Ketiga?
Artikel berkaitan: “Kawan tidak, musuh juga tidak” – Umisya Mazlan Jawab Status Hubungan Dengan Marissa Dania
“Lepas bersalin pun cantik”
Dalam pada itu, ramai yang memuji penampilan Umisya selepas bersalin yang dilihat sangat cantik dan tidak seperti wanita yang baru melahirkan anak.
Tahniah Umisya dan Aslam!
Sumber: Instagram