in

Pengadu Menangis, Dedah Ebit Lew Ajak Buat Hubungan Intim Tukar Pasangan

Ebit Lew Swinger

Pengadu yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan bagi kes pendakwah selebriti, Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah terbabit mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Menurut sumber, pengadu yang pada awalnya bersuara lantang ketika membaca perbualan teks dengan Ebit Lew di aplikasi WhatsApp semakin tenggelam sebelum bertukar tangisan dalam prosiding mahkamah.

Artikel berkaitan: “Saya ingin ucapkan takziah kepada keluarga” – Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah Bella

Artikel berkaitan: “Dia beritahu isteri tidak dapat melayan kehendak dia” – Pengadu Dakwa UEL Suka Hantar Gambar Alat Sulit

Dalam prosiding itu, pengadu membacakan nasihatnya kepada Ebit Lew supaya mereka melakukan taubat nasuha.

2537050

“Buat taubat nasuha awak, sama-sama kita. Insya-Allah saya akan jaga aib ini. Sebenarnya hari ini itu yang saya nak WhatsApp, next week dah puasa.

“Awak baik, anggap ini ujian. Dengan saya tak apa, jangan buat lagi dengan orang, bahaya awak nama awak terkenal.

“Maaf saya cakap-cakap macam ini. Lagi pun masa yang sangat sesuai, dengan kuarantin seminggu,” katanya yang membaca teks itu.

Dalam teks itu, pengadu yang merupakan isteri orang mengatakan mahu berkawan dengan Ebit Lew kerana sukakan nasihatnya.

“Saya nak kawan dengan awak sebenarnya sebab saya suka nasihat-nasihat awak, tapi saya salah.

“Salah maksudnya, saya pun dah gagal dengan ujian ini, macam tak sedap badan pula hari ini, sakit kepala dan tekak,” katanya sambil mengelap air mata.

827D40E7 Ee9D 4Db0 811B 59B2B4997433

Pengadu memberitahu bahawa dia betul-betul ikhlas untuk menasihati Ebit Lew supaya hentikan perbuatannya.

Selain itu, beberapa tangkap layar perbualan tersebut juga turut mendedahkan Ebit Lew mengajak pengadu melakukan hubungan intim dan bertukar pasangan suami isteri serta perkataan berunsur lucah.

Ebit Lew juga memadam beberapa mesej yang didakwa itu merupakan mesej pendakwah terbabit sedang marah.

Diminta menjelaskan secara spesifik jika pengadu ingat mesej apa yang telah dipadamkan itu, dia memaklumkan ia mesej Ebit Lew mengajaknya untuk membuat panggilan video.

Untuk info, pendakwah ini berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Utusan