in

“Pengadu gagal dihubungi” – Kisah Viral Individu Dikompaun RM10K Masa Makan Di Restoran Tak Wujud!

polis2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral di media sosial berkenaan dengan kisah individu kena kompaun masa di kedai makan, namun begitu Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Bin Hj Abdul Aziz menegaskan bahawa kompaun PKPB bernilai RM 10,000 seperti yang didakwa itu tidak wujud kerana tiada  rekod setelah semakan dibuat.

 

Pengadu gagal dihubungi


Kisah mereka mula viral setelah ia dikongsikan semula oleh Facebook Najib Razak. Gesa bekas Perdana Menteri Malaysia itu, pihak berkuasa haruslah menafikan segera jika ianya tidak sahih dan ambil tindakan jika ianya sahih.

Boleh baca 2 kisah ni..

159267049 10157761516365952 4483464315344396193 n

Disebabkan itu, pihak PDRM segera membuat semakan mengenai hal ini.

“Sehingga siaran media ini dikeluarkan, semakan pihak kami mendapati bahawa tiada kompaun sebegini dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB PDRM Daerah Ipoh.”

Malah, semakan lanjut dengan pemilik Facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa pengadu gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial tersebut bagi membuat pengesahan tentang kesahihan dakwaan yang ditularkan.

Selain itu, satu laporan polis juga telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat.

Sehubungan dengan itu, A. Asmadi ingin menegaskan bahawa pihak PDRM Poles Daerah Ipoh sentiasa menjalankan amanah Penguatkuasaan Undang-undang dengan adil dan profesional khususnya dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19.

“Masyarakat umum dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.”

Tambahnya, diharapkan agar segala permasalahan pertikaian, maklum balas tentang tindakan undang-undang oleh pihak pollis disalurkan melalui saluran yang betul.

 

Baca : “Kalau sayang duit ikut SOP” -Tular Gambar Individu Disaman RM10,000 Kerana Gagal Imbas Kod QR MySejahtera

polis 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.