Segelintir penerima bantuan Program Keluarga Harapan di Indonesia dilaporkan telah menarik diri dari menerima bantuan daripada pihak kerajaan itu selepas rumah mereka dilekatkan dengan pelekat yang bertulis ‘Keluarga Miskin’.
Menurut laporan Folkative dan Sinar Harian, Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia iaitu Saifullah Yusuf mengatakan inisiatif menampal pelekat itu merupakan arahan dari kerajaan tempatan dan bukannya dari kerajaan pusat.
Peruntukan bantuan untuk keluarga yang menarik diri akan diberikan kepada keluarga atau penerima baharu yang benar-benar layak.

Artikel Berkaitan: Ratusan Pelajar & Guru Keracunan Di Indonesia Selepas Makan Makanan Percuma Kerajaan
Artikel berkaitan: 14 Tahun Menanti, Akhirnya Timor-Leste Sah Jadi Ahli Ke-11 ASEAN!
Selain itu, hasil pemeriksaan baru-baru ini juga mendapati terdapat lebih dua juta penerima bantuan adalah tidak layak itu menerima bantuan tersebut.
Inisiatif melekatkan pelekat tersebut pula telah menjadi perbincangan netizen dengan ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.
Mereka yang tidak bersetuju mengatakan pihak kerajaan seharusnya memelihara maruah mereka yang mahu dibantu.
Manakala golongan yang bersetuju pula berpendapat pelekat seumpama itu boleh mengelakkan daripada orang yang menipu dan tidak layak untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat pelekat itu tidak salah namun perkataan ‘Keluarga Miskin’ itu sepatutnya ditukar kepada perkataan lain yang lebih sesuai.
Sumber: Folkative, Sinar Harian
