in

Penduduk ‘Busybody’ Syak Pasangan Suami Isteri Tanam Bayi, Rupanya Mayat Kucing

Ft Kucing Mati

Tindakan penduduk kampung yang syak wasangka terhadap pasangan suami isteri ini akhirnya memalukan diri sendiri. Ia selepas mereka digemparkan dengan penemuan misteri sebuah kubur yang dibuat oleh pasangan tersebut.

Penduduk dari kampung Sukaresmi di Tanah Sereal di Bogor, Indonesia mengesyaki pasangan yang baru tinggal di kampung itu menanam mayat bayi di kawasan perkuburan persendirian.  Walau bagaimanapun, TribunTrends melaporkan bahawa ianya hanyalah ‘mayat’ seekor kucing.

Screenshot 2023 07 31 180254

“Ya, itu kucing saya, haiwan peliharaan saya juga. Kami menjaganya sejak kecil. Ia mati semasa bunting. Siapa yang tidak sedih,” kata salah seorang daripada pasangan itu.

Dia bagimanapun tidak menyangka perbuatannya itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk setempat.

“Pada mulanya, kami ingat kubur itu dibuat di tempat terbuka, tetapi ia ternyata di tanah persendirian, mungkin itu yang kecoh.”

Jelasnya lagi, kebetulan kawasan itu ada CCTV, ia mungkin jadi penyebab rasa curiga penduduk apabila melihat dia menanam sesuatu.

Baca : Lelaki Berhati Mulia Tanam Setiap Bangkai Kucing Dijumpainya Sejak 13 Tahun Lalu

Kucingmati