Macam yang korang semua tahu, sejak awal bulan ini kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun melancarkan program PICKids yang tertumpu terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur 5 sehingga 11 tahun.
Dengan kes positif harian yang makin meningkat setiap hari, kadar peratusan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti Covid-19 juga turut menujukkan peningkatan. Ini termasuk jumlah katil yang digunakan bagi merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah pernafasan.
50,826 children aged below 12 have been infected by Covid-19 since Jan 2022
50,674 (99.7%) were Category 1 & 2, 120 in Category 3, 28 in Category 4 & four in Category 5
The daily bed usage among children under 12 years has shown to be increasing in line with the rising cases pic.twitter.com/h4AZQspb2q
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 20, 2022
“Pendaftaran #PICKids melepasi satu juta”
Sebentar tadi melalui Twitter peribadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa selepas tiga minggu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dijalankan, pendaftaran telah pun melepasi angka satu juta iaitu bersamaan dengan 28% kanak-kanak berusia 5-11 tahun.
Ekoran kadar kemasukkan kanak-kanak ke hospital semakin meningkat, Khairy menasihatkan ibu bapa untuk tidak mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ lagi.
Minggu ketiga pelaksanaan #PICKids, pendaftaran sudah melepasi 1 juta iaitu 28% cohort 5-11 tahun. Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukkan hospital kanak2 mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini!”
Minggu ketiga pelaksanaan #PICKids, pendaftaran sudah melepasi 1 juta iaitu 28% cohort 5-11 tahun. Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukkan hospital kanak2 mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini! pic.twitter.com/dk3geZ2aVm
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 21, 2022
Selain itu, Khairy turut kongsikan pecahan kes mengikut etnik dan negeri dan mengatakan pihaknya akan lipat gandakan usaha untuk mendekati komuniti yang mempunyai kadar liputan yang rendah.
Liputan mengikut sekolah. Sekarang #PICKids dilaksanakan di PPV Sekolah. Kehadiran murid SJKC sangat baik. pic.twitter.com/QInDQBYTsZ
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 21, 2022
Khairy turut memuji kehadiran murid SJKC yang dilihat lebih tinggi peratusan yang hadir untuk mengambil vaksin berbanding SK, SJKT dan SRA.
Ingat korang, mencegah lebih baik dari merawat. Daftarkan anak korang sekarang!
Baca: “Terima kasih lindungi anak anda” – 70% Murid SK Tak Hadir Vaksinasi, KJ Perli Ibu Bapa?