Pencinta kucing atau mereka yang membela kucing di rumah pasti rasa resah kan kalau si comel kesayangan korang tiba-tiba sakit atau demam. Disebabkan itu, adakalanya korang terpaksa berlagak seperti doktor haiwan atau vet dengan beri kucing makan panadol. Yelah kan, manusia kalau makan panadol elok je sihat lepas tu.
Kalau korang ada berhajat nak buat demikian, STOP! Korang tahu tak sebenarnya Panadol ni sangat berbahaya bagi kucing?
“TOLONG JANGAN BAGI PANADOL pada kucing anda jika mereka sakit. Tubuh mereka tak boleh terima ubat Panadol…”
Menerusi perkongsian di Twitter 999 Malaysia, panadol sangat bahaya jika diberikan kepada kucing. Ini kerana tubuh kucing tak boleh menerima panadol kerana ia boleh menyebabkan buah pinggang atau lebih tepat hati si comel ni rosak.
Allahu… tengok apa yang jadi kat kucing di bawah ni.
“Aku bagi panadol kat kucing aku kalau dia demam. Dah 5 generasi kucing aku hidup sihat walafiat. Apesal?”
Well kalau ada yang kata ‘jangan buat’, mesti ada yang melawan cakap ‘sebenarnya okay je’ macam netizen kat bawah ni. Admin tak sure sama ada betul atau tak pengakuan netizen ini, tapi ramai juga yang tak setuju dengannya.
Boleh ikhtiar beri kucing makan minyak zaitun ketika sakit
Kalau nak selamat, admin rasa korang boleh cuba tips ini.
Apa-apapun, admin rasa yang terbaik sekali eloklah korang bawa kucing korang ke vet awal-awal kalau mereka sakit. Takut tersalah beri ubat, tak pasal-pasal kucing sakit dan mati merana macam kat atas tu. Sedih min tengok.
Baca: “Siapa yang sayang kucing je faham” – Netizen Sebak Tengok Video Tuan Kucing Ini