Rasanya sampai sekarang masih lagi jadi perbualan hangat tentang konsert Justin Bieber, Justice Tour yang akan diadakan di Malaysia pada 22 Oktober ini dan tiket mula dijual pada 31 Mac ini dengan harga RM 288 hingga RM 2,088.
Pun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Iddin Ramli telah memuat naik satu video di akaun Twitter miliknya @IddinRamli mengulas tentang konsert penyanyi yang menjadi pujaan ramai itu.
https://twitter.com/IddinRamli/status/1506890164895105031?t=gZIdhU7GOTKfCbRKpsMoEg&s=19
Dari video tersebut, Iddin mendakwa bahawa tiket Justin Bieber itu sudah semestinya akan terus sold out apabila orang ramai boleh mula membeli hujung bulan ini walaupun harga mencecah ribuan ringgit.
“Belum sempat jual tiket confirm dah sold out ni… Harga 2,088 tu pun dikira murah bagi orang yang betul minat benda ni” – Iddin
“Macam langit dengan bumi…”
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila penceramah bebas itu melakukan perbandingan konsert tersebut dengan kelas agamanya yang akan dibuat sepanjang bulan Ramadan ini.
Ekoran itu, Iddin Ramli menerima kecaman orang ramai yang mengatakan bahawa dia sengaja untuk buat orang ramai rasa serba salah kerana menyamakan industri hiburan dengan hal-hal keagamaan.
“Bro saya faham niat tu nak tegur orang tapi jangan sampai nak guilt tripping yang tengah tengok… Boleh cakap elok2, tak payah nak perli2 okay?” – Komen netizen
Difahamkan, kelasnya bersama tetamu jemputan Imam Muda Megat itu masih belum mendapat sambutan walaupun harga daftar untuk sehari hanyalah RM1.70 dan diberi pelbagai freegift.
Hmm… Min rasa tak salah kalau nak join konsert JB tu tapi ingat, berpada-pada okay? Hehehe…
Baca: Tiket Mula Dijual Hujung Bulan, Justin Bieber Bakal Buat Konsert Di KL Oktober Ini!