in

Penceramah Dedah Trend H*mosek*ual Bermula Di Sekolah, Punca Kes HIV Meningkat Di Kalangan Pelajar

Trend Homoseksual Kes Hiv Pelajar Meningkat

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi mendedahkan terdapat trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar berusia 18 tahun sehingga 25 tahun di Institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan trend kes HIV yang beralun tetapi secara keseluruhannya meningkat dari tahun 2020 hingga 2023.

“Kebanyakan bermula dari sekolah”

Mengulas mengenai isu itu, penceramah motivasi Akhi Fairuz menyatakan walaupun pihak kementerian sedar dan giat menjalani kempen kesedaran, tetapi banyak pihak terlepas pandang mengenai aktiviti yang menjadi punca jangkitan HIV.

Artikel berkaitan: Pengantunan Seksual Adalah Jenayah Di M’sia, Ketahui Tanda-Tanda Amaran ‘Sexual Grooming’ Sebelum Terlambat!

553

Katanya, aktiviti homoseksual yang merupakan penyumbang peratusan besar dalam peningkatan HIV ini kebanyakannya bermula dari sekolah.

“Betul, pihak kementerian giat jalankan kempen kesedaran dalam kalangan mahasiswa berkenaan isu ini, tapi ramai yang terlepas pandang aktiviti homoseksual yang menyumbang peratusan besar kepada statistik ini kebanyakannya bermula dari sekolah, tepatnya di sekolah berasrama penuh, MRSM, SBP, SMKA, Tahfiz, Boys School,” katanya.

Beliau juga menyatakan kerisauan terhadap pelajar yang tidak tahu membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat.

“Jangkitan HIV atau STD/I tak terjadi secara tiba-tiba. Ia bermula dari awal. Betapa naifnya anak-anak memahami diri, membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat serta jahil saat menjadi mangsa sexual grooming.”

Screenshot 2024 07 05 130506

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan terhadap pelajar masa kini.

Ramai juga yang bersetuju dan berkongsi pengalaman gejala ini sememangnya bermula dari sekolah.

Screenshot 2024 07 05 124736 Screenshot 2024 07 05 124638 Screenshot 2024 07 05 124817 Screenshot 2024 07 05 124856

Risaunya…

Sumber: Facebook, majoriti