Di musim panas, kita pasti mencari manisan sejuk seperti aiskrim namun malang buat seorang lelaki Thailand ini apabila dia mendapat free gift dalam aiskrim kacang hitam yang dibelinya.
Dalam aiskrim jenis popsicle itu, terdapat bangkai ular yang sudah membeku, lelaki berkenaan berkongsi penemuan pelik itu dalam Facebook miliknya dan ia mendapat perhatian dalam masa beberapa minit sahaja.
“Mata yang besar! Adakah ia masih hidup? Perisa kacang hitam, penjual jalanan, gambar sebenar sebab saya beli sendiri,” tulisnya dalam bahasa Thai.
Hantaran yang dibuat oleh lelaki dikenali sebagai Rayban Naklengboon itu mendapat 8,400 reaksi, 2,400 komen dan dikongsi oleh 9,300 pengguna media sosial terbabit setakat hari ini.
Beberapa pengguna media sosial turut memuat naik komen mengenai kejadian itu, ada yang berseloroh sama ada ular itu akan hidup semula di bawah cuaca panas, dan seorang lagi individu berkata aiskrim itu mengandungi lebih ‘sumber protein’.
Sebagai info, aiskrim kacang hitam ialah pencuci mulut Thai yang dibuat dengan membekukan kacang hitam yang telah dimasak, santan dan gula menjadi popsicle dan ia merupakan perisa Thai yang klasik.
Seram lah pulak nak makan aiskrim
Sumber: Independent