in

Pemuda Kongsi Resipi Kuih Raya Tomyam, Ramai Kata Sama Macam Biskut Yaya Dalam BoBoiBoy

cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban tahun, pasti ada sahaja resipi baru untuk kuih raya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Ada yang guna Biscoff sebagai perasa tambahan, ada juga yang mencipta resipi tart nanas tanpa inti nanas.

Kuih raya tomyam


Lain daripada yang lain, seorang pemuda bernama Ikmal ada berkongsikan resipi kuih raya tomyam yang membuatkan ramai bingung apabila menontonnya.

Kebiasannya orang akan meletakkan perasa vanila atau coklat dalam acuan kuih. Namun, tidak untuk pemuda ini yang meletakkan pes tomyam sebagai perasa tambahan.

1 1

Tidak cukup dengan itu, dia turut menambah bahan-bahan seperti serai, daun limau purut, cili merah dan daun ketumbar yang dihiris secaru halus. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul bersama acuan perasa pes tomyam tadi.

2 1

Warganet kata sama macam kuih Yaya dalam BoBoiBoy?

Resipi kuih tomyam ini ternyata buat ramai warganet bingung kerana ia masih belum pernah dibuat oleh orang lain.

Ada juga yang menyamakan resipi ini sama seperti resipi kuih Yaya dalam animasi BoBoiBoy. Untuk rekod, kuih Yaya mempunyai rasa yang tidak disenangi dan sesiapa yang memakannya akan pengsan. Menurut watak Probe, kuih Yaya rasa seperti kertas pasir.

@ikmlzlkfli

Biskut Raya Tomyam🦐🦀🐔 Shedap makan masa tengok tv👀 Jangan lupa buat! #malcaks #myfoodie #rancakraya #hariraya #kuihraya #tomyam #thailand

♬ Rancak Raya – Chorus – Fatia & Izzue Islam & Khai Bahar & Razmansyah

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa ingin tahu berkenaan rasa kuih raya tomyam tersebut.

Curious pulak aku rasa mcm mana tapi malas la nak buat,” komen seorang warganet.

Kredit: ikmlzlkfli

BACA: Mahkamah Diraja Arab Saudi Umum Negara Itu Akan Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok

cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.