in

Pempengaruh & Graduan Masscomm, Faiz Dickie Gunakan Video DMA Islam Sebagai Panduan Ilmu Komunikasi

ft faizdickie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video kenyataan ‘berani mati’ daripada seorang TikToker yang dikenali sebagai DMA Islam dilihat telah menjadi perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini.

Kenyataan yang mengatakan jurusan Komunikasi Massa (Masscomm) dan juga Teater dianggap sebagai satu jurusan ‘bodoh’ itu dilihat telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk dalam kalangan artis.


Artikel berkaitan : “Dihina sebab gemuk” – Menghilang 4 Bulan Dari Media Sosial, Faiz Dickie Tampil Dengan Imej Baru

Artikel berkaitan : “Kreatif betul”- Hasilkan Lukisan Dari Bungkusan BTS Meal, Faiz Dickie Terkejut Ramai Army Nak Beli

“Saya boleh meroyan sebab dia kutuk bidang Masscomm tapi…”

Disaat ramai pihak tampil memberikan respon dengan menempelak TikToker tersebut, lain pula dengan pempengaruh yang juga graduan daripada jurusan Masscomm, Faiz Dickie ini.

Dalam satu hantaran menerusi Instagram miliknya, Faiz Dickie menggunakan pendekatan lain untuk membidas, dengan cara membuat case study berkaitan tingkah laku dan kenyataan yang dinyatakan DMA Islam daripada videonya yang tular itu.

“Hormati orang lain punya bidang senang je kot, bukan setiap orang ada minat and kepakaran yang sama, dan tak semestinya benda yang kau ingat senang tu, semua orang boleh buat.”

Dalam hal ini, Faiz Dickie menjelaskan secara terperinci maksud komunikasi dan aspek yang perlu ditekankan.

Jelasnya, komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat dan mesej. Kata pensyarah dalam bidang Masscomm ini lagi, aspek yang perlu ada dalam sesebuah komunikasi ini terbahagi kepada 3 iaitu main point, penjelasan dan contoh.

Screenshot 2025 05 15 111805

Katanya ketiga-tiga aspek ini perlu ada untuk menyampaikan mesej dengan jelas.

Oleh itu, Faiz Dickie menjadikan contoh kenyataan yang diberikan oleh DMA Islam ini hanya sekadar berkata-kata sahaja tanpa ada isi, penjelasan dan contoh yang kukuh dalam menjadikan sebab kenapa Masscomm satu jurusan yang bodoh.

“Sebab apa? Apa contohnya? Tak ada, dalam komunikasi antara aspek (elemen) penting adalah penggunaan eye contact, facial expression, body gesture dan sebagainya.”

“Elemen-elemen ini penting untuk kita menyampaikan komunikasi ataupun mesej dengan lebih jelas.  Jadi sewaktu bercakap dengan audience, kita pandanglah audience, bukannya pandang kiri, kanan, bawah, pandang pokok, masukkan tangan dalam poket dan sebagainya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

Tegas Faiz Dickie lagi, tidak dinafikan belajar komunikasi adalah perkara mudah tanpa perlu ke universiti dan ambil ijazah.

Tetapi dalam bidang Masscomm, penuntut akan mempelajari aspek komunikasi dengan lebih mendalam, selain mempelajari etika media, media literasi dan macam-macam lagi.

Hurm, rasa seronok pula bila dengar penjelasan Faiz Dickie ni, bukan hanya sekadar puas hati tengok dia balas cara halus, kita pun dapat ilmu baru.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.