Setelah Liga Super Malaysia terpaksa ‘berehat’ panjang akibat wabak pandemik Covid-19, akhirnya, peminat bola sepak tempatan boleh kembali ceria apabila kerajaan telah membenarkan Liga Super Malaysia kembali disambung tanggal 15 Ogos ini.
Menurut Berita Harian, perkembangan tentang sukan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hariannya, hari ini. Beliau turut berkata, Mesyuarat Khas Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju membenarkan penganjuran kejohanan berlangsung.
“Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tiada sentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu bermula Rabu, 15 Julai ini,”
“Sukan-sukan tersebut termasuklah perlumbaan permotoran seperti lumba motosikal dan kereta di litar-litar tempatan.”
Tambah Berita Harian lagi, semua SOP lengkap akan dimuatnaik MKN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat untuk rujukan, katanya.
Penganjuran kejohanan dan pertandingan hanya terhad kepada acara kejohanan tempatan sahaja tanpa penonton, peserta dari luar negara dan tidak melibatkan perhimpunan ramai.
Yeay! Dah boleh tengok bola..