Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan berita khabar angin berkenaan kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Semuanya bermula apabila Kim Jong-un tidak menghadirkan diri ke sambutan peringatan kelahiran bekas pemimpin terdahulu Korea Utara, Kim Il-sung. Sambutan ini merupakan sambutan terpenting di negara ini, menimbulkan persoalan ramai mengapa pemimpin muda ini tidak menghadirkan diri sebagai ketua negara.
Selepas kejadian ini, timbul khabar angin baru yang mengatakan Kim Jong-un telah menjalani pembedahan jantung dan kini sedang berehat di Pyongyang, ibu negara Korea Utara.
Berdasarkan perhatian pemerhati politik, Kim Jong-un mungkin mengalami masalah kesihatan disebabkan oleh berat badan beliau yang kurang ideal.
In my book "The Great Successor," I wrote that Kim Jong Un's biggest risk factor was his obvious poor health — and in particular the risk of cardiac problems.
Kim Jong Un is five feet, seven inches tall, and weighs about three hundred pounds = BMI of 45, or "extremely obese" pic.twitter.com/04EsZfuues
— Anna Fifield (@annafifield) April 21, 2020
Berita kematian pemimpin Korea Utara ini juga menimbulkan persoalan ramai, siapakah yang akan mengambil alih kempimpinan Korea Utara jika beliau betul-betul meninggal dunia.
Beliau mempunyai masalah keluarga yang sangat rumit, tiga anak yang masih terlalu muda, namun kakak beliau, Kim Yo Jong dijangka akan menjadi pengganti buat sementara waktu sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Business Insider
BACA: “Tak pernah dibuat orang macam ni” – Korea Selatan Buat Exam Di Padang Bola Elak Jangkitan Covid-19