Melampau tindakan pengerusi sebuah hospital di India apabila mengeluarkan sijil palsu mendakwa individu tersebut bebas Covid-19 tanpa menjalankan sebarang ujian saringan.
Pengerusi Hospital Regent, Dhaka Mohammad Shahed dipercayai telah mengeluarkan ribuan keputusan ujian Covid-19 palsu kepada pesakit di dua klinik di Dhaka, lapor Berita Harian.
Dia akhirnya ditangkap selepas sembilan hari diburu pihak berkuasa, malah ketika ditangkap dia cuba melarikan diri dengan memakai purdah.
Hospital miliknya menjalankan 10,500 ujian COVID-19, dengan 4,200 adalah tulen manakala selebihnya diberi tanpa melakukan sebarang ujian,”- Jurucakap Batalion Tindakan Pantas (RAB), Kolonel Ashique Billah
Malah lelaki itu turut dituduh mengenakan bayaran bagi sijil dan rawatan, walaupun telah bersetuju dengan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan percuma.
Mohammad Shahed merupakan antara puluhan individu yang ditahan pihak berkuasa sebab melakukan penipuan sijil Covid-19.
Malah salah seorang suspek juga merupakan seorang doktor ternama di Dhaka.