Seorang peniaga dobi tergemam apabila mengetahui salah satu pelanggannya adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada mulanya, pemilik kepada Dobi Harum, Siti Subaiyah Shahudin menceritakan di Facebook miliknya bahawa dia selalu terima karpet dan sejadah daripada sebuah rumah besar yang terletak di Sg Long.
Mula-mula ingatkan jemput budak tahfiz solat
Pada mulanya Subaiyah tidak mengenali pemilik rumah tersebut, apa yang dia anggap penerimaan sejumlah karpet dan sejadah untuk dicuci itu adalah disebabkan sikap tuan rumah yang selalu mengajak penghuni tahfiz solat bersama.
Semalam, penghuni daripada rumah tersebut hantar lagi kepadanya dan barulah dia tahu bahawa rumah tersebut milik PM.
“Terima kasih kerana sudi jadi client kami. Semoga owner rumah ni dirahmati Allah dan dipermudahkan menggalas tugas2 baru.”
https://www.facebook.com/sitisubaiyah/posts/pfbid02RaNBCjPYLtLACrL1eT2p4xwAqFTih3yaeXh8MNNwojwRPnQ8G27GJwjJNPeVt3LJl
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut gembira melihat pengusaha dobi tersebut berpeluang untuk berkhidmat dengan Perdana Menteri, malah ada yang mendakwa bahawa rumah beliau akan mengadakan bacaan Yassin dan halaqah pada setiap malam Jumaat.

Bertuah betul, ramai betul yang kagum bila dapat menghampiri PM kita sekarang.
Baca : BKM & Anwar Ibrahim Ungguli Carian Google Malaysia Untuk Tahun 2022

