Sesungguhnya insiden Christchurch cukup memberi kesan yang mendalam buat masyarakat dunia sama ada yang beragama islam atau pun bukan.
Malah seluruh dunia menyatakan solidariti mereka, mengutuk sekeras-kerasnya insiden jumaat berdarah tersebut yang mengorbankan 50 nyawa.
Dalam semua sedang berduka, Malaysia dikejutkan pula dengan berita bahawa rupa-rupanya salah seorang mangsa korban Christchurch merupakan rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang hampir seminggu selepas insiden serangan 2 masjid tersebut berlaku.
Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Muhammad Haziq, 17 tahun SAH salah seorang daripada 50 mangsa korban insiden tembakan rambang Christchurch
Menurut sinarharian, difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan ke New Zealand hari ini untuk menghadiri majlis pengebumian.
Sebelum ini ibu arwah, Marina Hamzah 46 tahun telah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis New Zealand bagi urusan mengesan remaja terbabit.
**Allahu semoga keluarga Haziq kuat
Dalam kejadian tersebut, Muhammad Haziq mengikut bapanya Mohd Tarmizi ke masjid pada hari kejadian sebelum dilaporkan hilang selepas kejadian tembakan tersebut.
Sementara itu rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian anak tercinta.
Damailah anak syurga, syahidmu dicemburui
Semoga bergembira di akhirat kelak wahai syuhada Allah
Beruntung kamu sebab ada ahli keluarga yang istimewa disisi Allah
Semoga Haziq dan mangsa lain yang terkorban ditempatkan dalam kalangan yang mulia di sisi Allah. Al fatihah