in

Pembunuhan Kitty Genovese: Dibunuh Luar Apartment, 37 Orang Tengok Tapi Sorang Pun Tak Call Polis?

Collage 11

Kalau korang nak tahu, kes pembunuhan Kitty Genovese ni merupakan kes pembunuhan paling kontroversi dan popular dalam sejarah kerana kes pembunuhan ni lah wujudnya terma “bystander effect” dalam hampir semua buku teks psikologi.

Apa itu “bystander effect”?

The Bystander Effect Header1

Bystander effect, jika diterjemahkan Bahasa Melayu ia bermaksud “kesan pemerhati di tempat kejadian”. Ia adalah terma psikologi sosial yang mendakwa individu lebih memilih untuk menjadi pemerhati dari menolong mangsa bila kejadian tersebut berlaku di tempat awam atau tempat ramai orang.

Lagi banyak pemerhati lagi kurang orang yang akan menolong mangsa dalam kesusahan dan lebih rela untuk memerhati kerana mengharapkan ada orang lain yang akan tampil kehadapan.

Apa kena mengena bystander effect dengan kes pembunuhan Kitty Genovese?

Pembunuhan Kitty Genovese

Bar

Pada 13 Mac 1964 lebih kurang pukul 3.15 pagi, seorang wanita telah dibunuh. Wanita tersebut adalah Kitty Genovese. Dia berusia 28 tahun. Seorang wanita yang ceria, peramah dan lebih matang dari usianya. Namun, personaliti wanita ini tak diambil kira pada pagi Jumaat itu.

Kitty Genovese telah dibunuh di lorong luar rumahnya, kawan dan jiran yang tinggal di apartment tersebut bersama-samanya selama bertahun-tahun hanya memilih untuk tak nak masuk campur dan hanya jadi pemerhati sementara wanita ini di ambang kematian.

Tindakan jiran-jirannya ini membuatkan pekan kecil tempat pembunuhan ini berlaku mendapat perhatian internasional hingga membuatkan ramai bincang tentang perlakuan “tak masuk akal” ini hingga wujudnya terma “the bystander effect.”

Kronologi pembunuhan Kitty Genovese

Grrjaxirxtth3Pv2Llgspulix4

Pada pukul 2.30 pagi, malam wanita malang ini diserang, Kitty Genovese meninggalkan bar tempat dia bekerja untuk pulang ke rumah. Dia bekerja sebagai seorang pengurus di Ev’s Eleventh Hour Bar di Hollis, Queens. Rumahnya, sebuah apartment yang dikongsikan bersama seorang kawan terletak di Kew Gardens, lebih kurang 45 minit dari bar tempat dia bekerja.

Beberapa minit selepas dia beredar dari tempat kerjanya, Kitty berhenti di traffic light. Apabila lampu bertukar dan dia bergerak pergi, dia tak perasan yang sebuah kereta keluar dari lot parkir berhampiran dan mengekori dia dari belakang hingga dia tiba di rumahnya.

Pada pukul 3.15 pagi, Kitty meletakkan keretanya di lot parkir 100 kaki dari pintu rumahnya. Kereta yang mengekorinya sebelum ini berhenti di hentian bas berhampiran.

Lelaki dalam kereta tersebut bernama Winston Moseley, seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak tanpa rekod jenayah.

Apabila Kitty Genovese berjalan menuju ke rumahnya, Winston yang mempunyai pisau memburu menghampiri wanita tersebut dan menikam belakangnya sebanyak dua kali.

Ketika dia ditikam, Kitty menjerit dan berlari menuju ke rumahnya. Beberapa orang jiran terdengar jeritan wanita malang ini namun hanya seorang saja, Robert Mozer yang perasan jeritan meminta pertolongan itu. Apa yang Robert lakukan hanyalah menjerit mengatakan “jangan kacau perempuan tu.”

Bystander Effect

Selepas menikam Kitty, Winston melarikan diri meninggalkan Kitty merangkak menuju ke pintu rumahnya seorang diri. Bagaimanapun, beberapa saksi mengatakan yang mereka ada melihat Winston bergerak menuju ke keretanya dan berlalu pergi, namun dalam masa tak sampai 10 minit, dia datang balik cari Kitty.

Winston menemui Kitty dalam keadaan separuh sedar terbaring di kaki lima di dalam bangunan apartment tersebut. Sebelum orang lain sempat melihat keadaan Kitty yang cedera ditikam itu, Winstom kembali menikam Kitty beberapa kali merogol dan merompak wanita ini sebelum dia lari dari tempat kejadian.

Sebuah ambulans tiba di tempat kejadian pada pukul 4.15 pagi untuk membawa Kitty ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Malangnya, wanita ini mati sebelum sempat sampai ke hospital.

Keseluruhan serangan ini mengambil masa setengah jam saja, tapi panggilan pertama yang dibuat ke pihak polis hanya selepas pukul 4 pagi. Beberapa saksi mengatakan yang mereka ada cuba menelefon pihak polis, tapi panggilan mereka tak diutamakan. Beberapa pihak pula mengatakan yang mereka cuba untuk call tapi dorang tak bagitahu keseriusan jenayah tersebut.

Beberapa saksi lain pula mengatakan yang mereka ada terfikir nak telefon tapi assume yang orang lain mesti ada yang dah call. 

Killer Mugshot Kitty

Winston telah ditahan enam hari selepas serangan tersebut. Semasa dalam tahanan, lelaki ini mengaku dia telah membunuh Kitty dan menceritakan secara terperinci cara dia membunuh Kitty. Bila disoal tentang motifnya, Winston hanya cakap “untuk bunuh seorang wanita”.

Selepas perbicaraan, Winston didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Dia meninggal di penjara pada tahun 2016.

“37 Orang Nampak Pembunuhan, Tak Telefon Pihak Polis

Mefo 1130 Kittygenovesemedia

Walaupun kejadian yang berlaku pada Kitty ini kejam dan mengerikan, ia mengambil hampir dua minggu untuk orang-orang luar perasan tentang pembunuhan ini.

The New York Times kemudian mengeluarkan satu artikel bertajuk “37 Orang Nampak Pembunuhan, Tak Telefon Pihak Polis,” serta meletakkan temuramah dengan salah seorang jiran yang tak dikenali mengatakan dia tak telefon polis sebab “tak nak masuk campur.”

Tiba-tiba, kisah pembunuhann Kitty Genovese menggemparkan bandar New York. Beratus-ratus orang memandang pembunuhan ini sebagai tanda kehidupan orang di bandar yang tak berhati perut dan suka bersendiri, sementara orang lain sedih dengan kekurangan sifat empati dalam penduduk di New York.

Sementara orang ramai berkabung dengan mangsa, ahli psikologi menunjukkan minat mereka dengan tingkah laku jiran-jiran Kitty. Macam mana seseorang bila nampak orang kena serang atau jadi saksi jenayah boleh pilih untuk tak buat apa-apa.

Ahli psikologi sosial mula menjalankan penyelidikan tentang kesan pemikiran orang dan sikap tak nak bertanggungjawab dan mengaitkan tindakan jiran-jiran Kitty ini sebagai “the bystander effect.”

Tak lama selepas itu, kes ini mula dimasukkan dalam hampir semua buku teks psikologi di US dan UK dengan menggunakan jiran-jiran tersebut sebagai contoh campur tangan pemerhati.

Screenshot 2019 09 06 At 3.54.50 Pm

Bagaimanapun, baru-baru ini, selepas kematian Winston Moseley pada tahun 2016, The New York Times keluarkan statement tentang artikel mereka dulu:

“Walaupun tak boleh disangkal yang kejadian itu memang berlaku, dan beberapa orang jiran menghiraukan jeritan pertolongan tersebut, namun gambaran tentang 38 saksi mengatakan mereka sedar tentang kejadian yang berlaku dan tak lakukan apa-apa hanyalah ditokok tambah dari maklumat yang diterima. Tak ada sorang pun saksi yang nampak kejadian tersebut secara menyeluruh.”

Kerana kejadian ini berlaku lebih 50 tahun lalu, mustahil untuk kita tahu berapa orang yang memang lihat atau tak lihat pembunuhan itu.

Pun begitu, kes ini telah menjadi salah satu kes yang paling mengejutkan dalam sejarah Amerika dan beratus-ratus buku telah ditulis mengenai pembunuhan ini dan kesan pemerhati.

Kitty Genovese akan diingati oleh beribu-ribu orang sebagai inspirasi fenomena psikologi berbanding mangsa pembunuhan kejam.

Bila fikir semula, dalam hidup kita mesti pernah sekali kita ni lebih rela jadi pemerhati berbanding tolong mangsa yang memerlukan. Sekarang lagilah teruk, orang lagi rela rakam benda jadi daripada buat sesuatu.

 

Sumber: ati

Baca: Misteri Pembunuhan Salbiah: Gantung Diri Sendiri – Mayat Ditemui Mereput, Kes Pembunuhan Ni Paling Sensasi Tahun 80-an

Screenshot 2019 09 06 At 3.56.07 Pm