Hari ini berlangsungnya pertuduhan kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.
Ketika suspek yang merupakan teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, dibawa keluar daripada Mahkamah, suasana di perkarangan premis itu menjadi kecoh apabila terdapat teriakan oleh kakak Bella yang sudah pastinya terkesan dengan tragedi menimpa adiknya itu.
Artikel berkaitan: “Kehilangan paling berat” – Polis Sahkan DNA Rangka Milik Bella, Kakak Mahu Tuntut Keadilan Kematian Adik
Artikel berkaitan: Dikaitkan Dengan Penemuan Rangka Di Rumah Kosong, Ini Kronologi Kes Kehilangan Bella
Kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah tidak dapat mengawal emosi ketika keluar dari mahkamah sebaik prosiding pertuduhan membunuh dikenakan terhadap lelaki itu.
Pembunuh! Pembunuh!. Itu teriakan didengari selepas teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu.
Berita penuh: https://t.co/XtiLzOr1tD pic.twitter.com/wvJMY1bFO9
— Berita Harian (@bharianmy) January 24, 2024
Menurut laporan Berita Harian, ibu Bella, Noraini Salleh pula kelihatan mengurut dada sambil beristighfar dengan wajahnya dalam keadaan sayu dan sedih.
Sebagai info, teman lelaki Bella didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh wanita itu bulan lalu.
Rangka milik Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah pada jam 2 petang Jumaat lalu.
Susulan penemuan rangka itu, polis mengambil sampel daripada kakak dan ibu Bella untuk menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), dan keputusan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) berpadanan dengan Bella.
Sumber: Berita Harian