in

Pemandu Uber Tunjuk Kemaluan Kepada Penumpang Wanita, Tetapi…

f

Seorang wanita bernama Kelly kongsi kisah dan pengalaman menakutkan yang dilalui di mana pemandu Uber yang dinaikinya menggosok tempat kemaluan berkali-kali sebelum mengeluarkannya. Status berkenaan menjadi viral di Facebook dengan cepat sekali selepas dimuat naik pada 13 Februari.

Menurut status Facebook berkenaan, difahamkan Kelly sedang dalam perjalanan pulang dari Hospital Likas menaiki Uber.

u

Kelly dikatakan duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan sambil memegang bayinya. Ketika itulah, pemandu itu didakwa mengeluarkan kemaluannya di hadapan Kelly.

Pada kali pertama dan kedua, tangannya berada di seluar. Pada sangkaan saya, seluar atau tali pinggang yang dipakainya terlalu ketat. Kali ketiga baru saya sedari dia sedang memegang alat sulitnya sebelum mengeluarkannya dan menggosok dengan perlahan.”

u1
Sumber: Facebook

Saya sangat takut dan menggeletar ketika insiden itu berlaku menyebabkan saya menangis secara senyap taanpa berkata apa-apa.”

Disebabkan itu, Kelly terus memuat naik beberapa status di Facebook meminta tolong daripada rakan-rakan dan orang awam. Ramai rakannya yang risau akan keadaannya dan cuba mencari Kelly bersama anaknya.

u2
Sumber: Facebook

Kelly menghantar mesej kepada suaminya hanya selepas memuat naik status berkenaan. Mana patut buat dulu?

Suami menghubungi saya dan saya cuba bercakap dengan tenang kerana tidak mahu pemandu itu curiga.”

Kelly kemudian meminta pemandu itu menurunkannya di Burger King dan lelaki berkenaan turutkan sahaja permintaannya itu. Beliau kemudian pulang ke rumah menaiki kereta rakannya.

Kisahnya itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsi oleh beberapa netizen. Beberapa portal tempatan yang mendapat tahu tentang pengalamannya turut menerbitkan kisah Kelly itu.

Namun, kisahnya seperti tidak kena memandangkan Kelly tidak mempunyai bukti gambar yang kukuh.

Netizen juga turut mempersoalkan mengapa Kelly duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan memandangkan beliau memegang bayinya itu.

u4
Sumber: Facebook

Selepas kejadian itu, lebih daripada 5 status yang dimuat naik Kelly untuk meminta pertolongan dipadam beberapa jam kemudian.

Kami menghubungi Kelly untuk mendapatkan penjelasan dan gambar laporan polis yang difahamkan telah dibuat olehnya (kerana beliau check in di Facebook mengatakan beliau pergi ke balai polis). Bagaimanapun, Kelly tidak memberikan apa-apa komen tentang insiden itu.

Namun, The Star kemudian melaporkan bahawa pemandu Uber yang dituduh itu turut membuat laporan polis untuk melawan semula dakwaan Kelly terhadapnya itu.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, pemandu berusia 35 tahun itu menafikan bahawa dia mengeluarkan kemaluannya semasa memandu bersama wanita berkenaan. Pemandu itu turut mendakwa dirinya tidak memegang atau bercakap dengan Kelly semasa dalam perjalanan.

Kami telah merakamkan kenyataan pemandu itu dan laporan polis turut dibuat olehnya untuk melawan tuduhan berkenaan,” katanya.

Buat masa sekarang, tiada apa yang didedahkan lagi. Kelly mungkin tidak menipu tetapi seperti ada yang tidak kena dengan kisahnya itu.

Tunggu saja lah siasatan, tak boleh main tuduh je kan!