Gambar bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.
Orang zaman sekarang kelihatan lebih gemar menggunakan perkhidmatan Grab atau Uber berbanding teksi.
Sesiapa saja tidak kira usia boleh menggunakan aplikasi tersebut dengan mudah. Namun, baru-baru ini sebuah kes dilaporkan berlaku di Singapura mendakwa bukan manusia yang mahu menjadi penumpang perkhidmatan itu. Benda lain pun nak naik sekali!
Seorang pengguna Facebook bernama Joey Ong telah berkongsi detik cemas apabila teman lelakinya yang juga seorang pemandu Grab telah ke Tanah Perkuburan Pusara Abadi untuk mengambil seorang penumpang bernama Boy Fahmi.
Teman lelakinya dikatakan terus memandu menuju ke kawasan perkuburan tersebut meskipun jam telah menghampiri 3 pagi.
Tibanya di lokasi, dia mencari penumpang tersebut di kawasan itu namun tiada langsung kelibat manusia kelihatan. Dia kemudian terus menghubungi penumpang tersebut untuk memberitahu keberadaannya di lokasi yang ditetapkan.
Namun, penumpang tersebut dengan selamba membalas,
“Saya sudah ada di dalam kereta. Di belakang awak. Awak nampak saya?”
Bagi seseorang yang penakut, mesej seperti itu sudah semestinya membuatkan mereka kecut perut. Namun tidak bagi pemandu Grab berkenaan yang kemudian membalas dengan tenang.
Mujurlah dia terus menyedari bahawa semua itu sebenarnya hanyalah ‘prank’ yang dirancang oleh ‘Boy Fahmi’ itu, jadi dia dengan tenangnya memberi respon yang pendek dan ringkas untuk memerli semula penumpang tersebut.
Disebabkan penumpang misteri itu telah memilih bayaran secara tunai bagi perjalanan tersebut, pemandu berkenaan tidak mendapat sebarang pulangan wang dari insiden tersebut.
Tetapi dia dikatakan tetap mendapat insentif dari pihak Grab meskipun penumpangnya tidak membayar apa-apa kerana mereka memberi insentif kepada pemandu mengikut quota perjalanan. Takdelah pulang tangan kosong!
Eh, ingat kelakar ke bergurau macam tu!
Baca : Pemandu Uber Kongsi Pengalaman Seram Ambil ‘Penumpang’ Di Kubur Mount Erskine, Pulau Pinang