in

Pemandu Grab Biadap dan Bercakap Perkara Tidak Baik Tentang Penumpang Dari China Dikecam Netizen

Grabbbb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Grab Biadap dan Bercakap Perkara Tidak Baik Tentang Penumpang Dari China Dikecam Netizen
Loading
/

Kalau bukan berkaitan dengan perkhidmatan Uber, pastinya Grab pula yang buat hal. Kali ini ia melibatkan tularnya rakaman seorang pemandu lelaki yang telah memaki hamun pelanggan.


Menerusi rakaman tersebut, pemandu dilihat membawa dua orang pelancong yang berasal dari China. Pun begitu, oleh kerana perbezaan dari segi komunikasi, lelaki tersebut sesuka hati memaki dan mengutuk pelancong tersebut dalam Bahasa Malaysia.

Capture 20170614 142708
sumber: youtube

Memang tak ada kerja ke bang nak kutuk-kutuk orang bulan puasa ni?

Pemandu pada mulanya mengutuk nama tempat tinggal pelancong tersebut dan pakaian masing-masing yang bercorak belang.

Hari ini ada bawa pelanggan dari China. Dia daripada ketumbit (sebenarnya bermaksud sejenis penyakit mata), bodoh ini, dia orang pakai baju belang ini.”

Capture 20170614 142517
sumber: youtube

Dia kemudian terus menerus memaki hamun pelancong tersebut sesuka hati, mentang-mentang pelancong itu langsung tidak memahami apa yang dikatakannya. Buatnya kalau dia faham, acaner?? Malu kot!

China anak musibat! Sangat bagus, kita ada customer China bodoh-bodoh macam ini.”

Rakaman yang berdurasi 1 minit 15 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata marah dan mengecam tindakan pemandu yang kurang akal itu.

Grab Vert
sumber: facebook

Malah blogger laman Otai Bersih juga mengatakan tahap kualiti perkhidmatan Grab dan Uber yang pernah diagung-agungkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah jatuh merudum.

Hal ini kerana hampir kesemua insiden buruk seperti kemalangan, penipuan insurans, rompak, cabul, rogol pelanggan; dan terbaru hari ini, maki hamun pelanggan sudah pun berlaku.

Malah penguatkuasaan undang-undang di negara ini juga tidak begitu serius dan ketat berbanding di negara luar yang terang-terang sudah mula mengambil tindakan untuk mengharamkan perkhidmatan tersebut.

Diharapkan pihak SPAD lebih tegas dalam menangani masalah berkaitan perkhimatan Uber dan Grab ini. Makin lama, makin menjadi-jadi!  

Tonton video di bawah:

Baca: Wanita Dirogol Pemandu Grab Dalam Kereta Ketika Dihantar Pulang ke Seri Kembangan

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.