Dalam satu aksi kejar-mengejar yang melibatkan sebuah helikopter, polis di London telah berjaya menahan sebuah kenderaan yang memandu secara melulu.
Pun begitu, pihak berkuasa tempatan hanya mampu garu kepala bila mereka meminta pemandu mengemukakan lesen memandu sebab driver ni beri polis lesen memandu yang diterimanya dari Legoland.
DailyMail melaporkan, aksi kejar-mengejar dramatik berkenaan berlaku pada 28 Februari lalu selepas pemandu berusia 21 tahun yang tak didedahkan identitinya dikesan memandu dalam keadaan cuai dan mencurigakan.
Walau bagaimanapun, apabila diminta untuk menghentikan kenderaan, pemandu yang memandu kenderaan jenis Audi A1 itu gagal mematuhi arahan mengakibatkan polis Metropolitan dan Kent mengejarnya dengan bantuan helikopter.
Bagaimanapun, selepas 30 minit aksi kejar-mengejar berlangsung yang memakan jarak sejauh 56 kilometer tamat selepas kereta Audi berkenaan kehabisan minyak.
Ketika itulah polis mengetahui bahawa bukan sahaja pemandu berkenaan memandu tanpa insurans, memandu secara berbahaya dan mencurigakan, memiliki sejumlah ganja dalam kereta, pemandu muda itu juga tak mempunyai lesen memandu yang sah kerana dia telah memberikan pada polis lesen memandu yang diterimanya dari Legoland semasa masih kanak-kanak.
Sumber melaporkan, pemandu berkenaan telah memperoleh ‘lesen memandu’ dari taman tema popular di Windsor pada tahun 2003 selepas lulus memandu kenderaan eletrik dalam satu trek di taman tema terbabit. Pun begitu, ‘lesen’ terbabit tidak sah digunakan di atas jalan raya sebenar.
Pemandu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin sehingga 1 September 2022.
Sumber: DailyMail
Baca: Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu